Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 18, 2010

Susulan isu penggunaan perkataan Allah

Aku dapat e-mail pasal perkataan Allah dan siap gambar sekali.
Assalamualaikum w.b.t….


[ Brother & sisters..
Just want to share something with you all…
Think carefully for our next future generations…
Remember the quote “to see the future of nation just look at their youth @ youngster…
What their done is the mirror of what will happen in future….”
So what happen now give big implication on our next generation…
It’s a story about using Allah as same word as other God which in Christian they believe Jesus is the son of God.
So, the Malaysian Christian (which I believe only some of them) currently claim that the word Allah not only belong to Muslim but also for them..
For me, it’s really sad they can’t even simplest thing & hurt Malaysian people really bad…
After many decade we Malay Muslim had sacrifice a lot for the others Malaysian (neither race or religion) in the name of unity but right now when it relate to ‘Aqidah’ & purity of Islam religion it’s really too much….
I don’t want our past mistake happen again & again…..
I believe this part of the Jewish plan.]

Dan aku jawab sebegini.
Perkataan Allah dalam bible dari Indonesia telah di gunapakai oleh orang-orang kristian di Sabah dan Sarawak sebelum merdeka lagi.

Semasa Sabah dan Sarawak masuk dalam Malaysia, perkara ini tidak boleh di sentuh oleh Perlembagaan(?) to be rectify.

Isu ni dah terlalu lama dan di buat derk oleh mereka yang berada di tampuk pimpinan negara. Sekarang nak kecoh?

Dulu kenapa diam? Isu ni di bawa ke mahkamah apabila Herald Tribune di haramkan oleh KDN menggunakan perkataan Allah.

Kalau dari awal KDN tetapkan boleh bersyarat mungkin tak berpanjangan sebegini. Contoh seperti di tetapkan oleh perlembagaan tidak boleh di sebarkan dengan maksud boleh menarik Muslim jadi Kristian.

Bak kata Ustaz Mahyuddin (Ceramah di Surau Al-Husna pada 11 Jan 2010) dalam Quran dah jelas tiada larangan.

Antara nas yang paling jelas adalah: "Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" - (al-Zukhruf: 87-88). pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak. Dalam konteks Herald Tribune ni risalah terbitan ni di sebarkan di KLIA. Untuk siapa? UMUM jadi menyalahi perlembagaan negara.

Tetapi di Malaysia memanglah tidak sesuai dari segi mudarat dan maslahat kepada masyarakat Malaysia. Sekarang dok sibuk fasal yang asas – guna nama Allah, Tindakan lain yang menuruti puak-puak Kristian dan Yahudi tak pulak sesapa bising (bagi puak-puak yang bising sangat ni lah) Contoh : Sambutan Tahun Baru 2010. Di Masjid Negara buat Solat Gerhana Bulan. Kat Dataran Merdeka? Lu pikirlah sendiri.

Allah yang digunapakai oleh puak kristian tu tak sama dengan Islam. Samalah Ustaz Mahyuddin yang bagi ceramah tu tak sama dengan Mahyuddin ni walaupun sama nama. Jadi Allah bagi Islam adalah satu (Surah Al-Ikhlas) tapi Kristian (Trinity) iaitu Allah ada anak. Jadinya seperti contoh tadi, Mahyuddin yang di sebutkan tidak sama, Allah yang disebut oleh kristian tidak sama dengan Allah orang Islam. Teruk sangatkah aqidah Muslimin di Malaysia ni? Mana tak teruk kalau dah sekolah agama di anak tirikan, peruntukan di sekat. Berapa banyak sekolah tahfiz buat kutipan derma kat masjid, surau atau kat pasar menggunakan pelajar untuk menampung perbelanjaan?.

Cuma dalam konteks Malaysia, kemudaratannya lebih besar dan sebaiknyalah ianya di larang tetapi dengan penjelasan yang lebih jelas bukannya VETO. Macam yang tulis kat atas tu, Perlembagaan melarang penyebaran ugama lain selain Islam secara bebas.

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah apa sebabnya berlaku demikian?. Dah tentulah ada udang di sebalik batu. Dalam kes ni, paling penting aqidah umat Islam bagaimana nak di pertahankan? Paling penting hujah lawan hujah. Bukan tangkap muat.

Kalau kita lihat keadaan di zaman rasulullah, Yang risau pada zaman Rasulullah adalah kaum Kristian sendiri sebab bila mereka gunakan nama Allah pengikut-pengikutnya akan membandingkan dengan Allah yang umat Islam percaya hingga akhirnya berbondong-bondonglah kaum Kristian memeluk Islam kerana yakin Allah itu tiada beranak dan tidak diperanakan. 

Seperti petikan bible ni : This is eternal life, that they may know You, the only true God (ALLAH), and Jesus Christ whom You have sent.” -John 17:3.

Akibat dari masalah ramainya umat Kristian memasuki Islam dan tiadanya undang-undang yang boleh menghukum kaum krsitian yang memasuki Islam, maka kitab-kitab Bilble dan ucapan serta penulisan kaum Kristian berubah mengunakan nama Allah kepada God atau Tuhan. Dahulunya nama-nama Allah tertulis dalam kitab mereka seperti contoh dalam kurungan "(ALLAH)" diatas. Tetapi selepas zaman perluasan empayar Islam, mereka sudah tiada menggunakan perkataan Allah kerana mereka amat takut umat Kristian murtad dan peluk Islam ramai-ramai.

Wallahua’lam.

No comments:

Cerita Dolu Dolu