Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 19, 2010

BANTUAN KE SEKOLAH PUN KENA KEBAS?

Bantuan sekolah dipotong?
Utusan Malaysia 11 Jan 2010

DI waktu perhimpunan sekolah di hari yang pertama, saya amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Guru Besar sekolah anak saya, iaitu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat sedikit pemotongan terhadap peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah berbanding dengan bantuan yang diberikan pada tahun lepas.

Dalam pengumuman itu juga, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa, beberapa aktiviti-aktiviti sampingan terpaksa dibatalkan atau dikurangkan demi menampung sejumlah kecil peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.

Tuisyen-tuisyen tambahan terpaksa dikurangkan atau dibatalkan kerana elaun khas guru untuk mengadakan tuisyen tambahan juga telah ditarik balik. Ini akan membuatkan ibu bapa terpaksa mendapatkan pembelajaran tambahan melalui pihak swasta.

Sinar Harian 12 Jan 2010

PERTANG – Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak ke asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara mempamerkan reaksi berbeza berhubung bayaran yuran makan asrama.

Penjaga yang ditemui, Roslilawati Baharom, 36, dari Taman Desaru, Seremban berkata, dia kurang faham mengenai isu tersebut dan memohon pihak sekolah dapat berunding dengan ibu bapa secepat mungkin bagi memastikan masalah itu tidak semakin teruk.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan agak tinggi berbanding sebelumnya tetapi ia tidak menjejaskan pembelajaran anaknya kerana perkara yang paling penting ialah anak-anaknya berpeluang mendisiplinkan diri ketika melalui kehidupan di asrama.

“Bagaimanapun, saya berharap supaya masalah peningkatan bayaran makan asrama ini akan menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk belajar lebih rajin kerana bukan mudah ibu bapa dapat mengumpul duit memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna,” katanya

KISAH AKU PULAK.

Anak aku tahun ni SPM. Setakat yang belum final, kalau gaji mak bapak RM5,000 ke atas RM3 X 200 hari (RM600) kalau kurang RM1 X 200 hari (RM 200). Kalau mak bapak gaji RM 4800 anak 1 banding dengan gaji RM 5010 anak lapan samakah mereka kena bayar? ikut asas giler tu jugak ke? Taklimat hari masuk sekolah.... kalau tak balik tiap minggu mak bapak kena tampung duit makan (seminggu RM 23 kot).
Duit tambang anak aku nak balik pun dah RM 26 pegi balik tapi takkan budak tu nak disuruh berpenat atas jalan. Biarlah dia duduk di asrama mentelaah. Pabila pelajaran menjadi komoditi..... abis semuanya anak bangsa jadi mangsa.
Terkini.... anak aku bawak list yuran. Gaji RM 4,999 ke bawah RM 200 setahun. Gaji RM 5,000 ke atas RM650.00 setahun. Dia jugak cakap 2 minggu sekali balik rumah. Tu bukannya jauh sangat tu. Kalau kat Johor ke Kedah ke? Parah.

Apa nak jadi.... subsidi gula dah kurang, bagi le kat sekolah. Pi bagi kat Formula 1M tu buat aper.... Gaji ntah naik ntah idak. (Naik pun takcukup nak tampung de....)

No comments:

Cerita Dolu Dolu