Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 30, 2010

KALAU MENANG WORLDCUP? CUTI SEMINGGU?

Kalau menang bolasepak ASIA ke tak ape lah jugak. Menang takat kategori kampung - ASEAN pun nak bagi cuti? Berapa banyak program perlu dibatalkan kerana pejabat kerajaan cuti? Dah lah nak hujung tahun. Agak-agak la.....
Najib Umum 31 Disember Cuti Umum Bagi Meraikan Kejayaan Skuad Harimau Rangkul Piala Suzuki AFF
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.

Monday, December 27, 2010

DAH BERTAHUN-TAHUN AKU LALU KAT DEPAN KILANG TU

Kilang membuat sarung tangan getah tu dari masa dulu bila bapak aku bawak kereta nak balik kampung dan sehingga la dari tahun 2006 apabila anak aku sekolah di Sabak aku hantar melalui jalan tersebut. Ni mamat Suhaimi Ibrahim ni cakap pakai otak ke pakai kepala lutut? Apasal lak tetiba kerajaan negeri dipersalahkan? Kilang tu dari sekecik-keciknya sekarang pun dah besar sesangat-sangat. Perumahan tu naik dulu ke kilang tu naik dulu? Takyah jawab la... dulu kawasan tu rumah kampung ngan estate aje.... jadi sapa patut pindah? Paling utama sapa luluskan perumahan tersebut? Kerajaan negeri sekarang agaknya... tak tahu ke kat situ ada kilang?

KOT ye pun nak cari POLITICAL MILAGE cari fakta dahulu sebelum berkata-kata....

PM arah masalah penduduk di Taman Suria diselesaikan segera

KUALA SELANGOR - Kira-kira 1,000 penduduk di Taman Suria, Bestari Jaya di sini yang mendakwa terdedah kepada pencemaran berpunca daripada sebuah kilang sarung tangan getah berhampiran perumahan mereka kini mampu menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengarahkan agar isu itu diselesaikan dengan segera.


Perkara itu disampaikan oleh Datuk Suhaimi Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mewakili menteri itu pada sesi perjumpaan dengan penduduk taman itu di sini, hari ini.



"Pada Jumaat lepas saya telah terima arahan daripada Perdana Menteri untuk menemui wakil-wakil penduduk bagi menangani isu ini. Perdana Menteri telah mengarahkan supaya menyediakan laporan terperinci agar tindakan dapat diambil dengan segera," katanya.



Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Abidin Supardi, penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K. Parthiban serta wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).



Suhaimi berkata, kerajaan pusat kesal dengan kerajaan negeri Selangor yang mengambil sikap lepas tangan dan masih membenarkan kilang terbabit beroperasi walaupun jelas wujud unsur pencemaran yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan keselamatan penduduk di taman itu.

NIK AZIZ KATA MUHYIDDIN GANGSTER?

Laksana hanya setelah PR berkuasa: Nik Aziz

KOTA BHARU - Resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lalu hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan melaksanakan janji tersebut dalam waktu terdekat melainkan setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. 

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... Tunggu dan lihatlah nanti...Jangan nak jadi gangster,” katanya kepada media selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah Pas Kelantan (Putik) di sini, semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam. 

Sehubungan itu,Nik Aziz meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu. 

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka. 

Beliau juga berkata, Pas akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan di dalam Islam. 

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka. 

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya. 

Beliau berkata, perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat.

PELIK TAKDE PUN STATUS TERSEBUT KAT FB MAHER ZAIN?

Walhal masa kat Malaysia atau kat mana-mana 'setiap ketika' dia ada catatkan macam contohnya. . .  solat jumaat di mana. . .  dsbnya? Character killing or character damaging purpose?


12 jam yang lalu di FB Maher Zain : 


Maher Zain Watch Maher Zain on MBC TV tonight!
Maher will be appearing on MBC TV's talkshow "Kalam Nawaem" tonight the 26th of December 2010, at 11pm KSA, 10pm Cairo, and 8pm GMT, insha Allah.
MZ Page Admin

Maher Zain Gagal Hadir Program Nasi Lemak Kopi O
Maher Zain
PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Maher Zain gagal untuk hadir ke program siaran langsung Nasi Lemak Kopi O (NLKO) terbitan stesen televisyen TV9, di Sri Pentas, Ahad.
Menurut Produsernya, Wan Sabariah Shikh Ali, hal tersebut telah menyebabkan slot temubual selama 17 minit bersama penyanyi itu digantikan dengan slot lain.
“Sebelum ini semuanya berjalan lancar dan sehinggalah saat-saat akhir untuk slot tersebut, kami baru diberitahu bahawa Maher Zain tidak dapat dihubungi oleh penganjur.
“Jika program ini rakaman mungkin kami boleh tunggu tetapi ini adalah program secara langsung, malah kami sudah menuar-uarkan perkara tersebut beberapa hari sebelum ini,” katanya yang kesal dengan tindakan tersebut.
Wan Sabariah Shikh Ali
Jelas Wan Sabariah, temubual tersebut juga adalah permintaan daripada pihak penganjur KMG Globalzone sebagai mempromosi Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain pada 26, 27 dan 28 Disember ini.
“Pihak penganjur yang memohon satu slot untuk Maher Zain sebagai promosi malam amal tersebut. Kami tidak ada masalah untuk beri beri promosi percuma kepada mereka tapi mereka juga sepatutnya beri kerjasama.
“Ini juga merupakan kali ketiga TV9 memanggil Maher Zain ke studio, tapi tidak sangka pula dia tidak dapat hadir pada saat-saat akhir,” ujarnya.
Kamel Ahmad
Dalam pada itu, Pengurus Besar KMG Globalzone, Kamel Ahmad, yang turut hadir di situ berkata, mereka sudah mengaturkan segalanya sebaik mungkin, namun perkara ini adalah di luar kawalan.
“Memang kami yang mengaturkan sesi temuramah ini untuk promosi malam amal, sehingga semalam kami diberitahu oleh pembantu peribadi penyanyi itu bahawa semua berjalan lancar.
“Sehinggalah pagi tadi mereka tidak dapat dihubungi, saya cuba untuk menghubungi mereka tetapi gagal,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi Lubnan ini akan membuat persembahan di Malam Amal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan berlangsung pada 26, 27 dan 28 Disember ini, pukul 8 malam di Summit Hotel, Subang Jaya.

SURAT KHABAR LAMA ! ! ! !

Semalam AHAD 26 DEC 2010 semasa pergi ke pasar carik lauk. 
Bercadang hendak membeli suratkhabar. 

Terlupa hari sebelumnya Christmas daaa. . . . 
STAR? Tarak. . . . 
BHARIAN? METRO? Tarak. . . 
SINAR? . . . Cuti jugak. . . . 

Apa yang ada?
UTUSAN ngan KOSMO jer. . . . adik beradik la tu. . . . 

nak cover kerugian ke sampai takde cuti? KAH KAH KAH

Sunday, December 26, 2010

BANJIR PUNYA HAL. ULAR PUN MINTAK BANTUAN? 911

Tedung Selar Ditangkap Di Padang Besar
KANGAR: Seekor ular tedung selar sepanjang lebih tiga meter ditangkap di Kampung Tersusun, Padang Besar oleh pasukan sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) malam tadi.
Pegawai Cawangan Pengurusan Bencana/Operasi JPAM Perlis, Mohd Razani Zainuddin berkata pasukan itu bergegas ke kampung itu selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.40 petang mengenai penemuan reptilia paling berbisa itu.
Ular itu berjaya ditangkap pada kira-kira 7.50 malam di luar sebuah rumah penduduk kampung itu, katanya.
Sejak Oktober lalu, sukarelawan JPAM Perlis telah menangkap sebanyak 54 ekor ular berbisa dan tidak berbisa dan menurutnya kebanyakan reptilia itu ditangkap bulan lepas ekoran keadaan banjir yang memaksa reptilia itu meninggalkan sarang dan masuk ke rumah-rumah penduduk.
Perlis mempunyai Taman Ular dan Reptilia (TUR) yang menjadi tarikan utama pelancong.- BERNAMA

Saturday, December 25, 2010

MASALAH KE KALAU TAK MAKAN KAT SITU?

Kenapa ianya menjadi berita / isu yang sangat besar? Sedangkan banyak lagi kedai makanan yang lebih mahal lagi tapi kenapa tak menjadi isu? Selagi ada permintaan dan ada tawaran apa masalah sebenarnya? Murahkah makanan dan minuman di Kopitiam? Bahkan berbedakah jika dibanding dengan harga di Food Court pasaraya besar? Kalau harga teh tariknya naik 20 sen masih murah jika dibandingkan dengan Kopitiam yang purata berharga RM2.00 ~ RM2.50 segelas (kengkadang kecil aje). Kalau rasa mahal takyah pergi, masak sendiri - susah sangatkah sehingga perlu menjadi berita 'besar'?

Makanan mamak naik harga



SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti canai yang harganya dijangka naik tahun depan.




KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan.
Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.
Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.

Friday, December 24, 2010

TENANGKAH TENANG SEHINGGA 30 JAN NANTI?

DUN Tenang: 30 Jan Hari Mengundi
PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Tenang akan diadakan pada 30 Januari 2011 dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 22 Januari 2011.
Pengumuman dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di sini, Jumaat.
Kerusi DUN Tenang kosong ekoran kematian penyandangkan, Datuk Sulaiman Taha pada Jumaat lepas.
Allahyarham Sulaiman meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur.

KESIAN KHUSRIN TERPAKSA MENIPU (SEBAGAI PENGARAH JAIS X BAGUS LA)


SUK Selangor: Pakatan syor tiga calon, pusat namakan Pengarah Jais

December 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi disebut-sebut turut disenaraikan, khususnya oleh kerajaan pusat, sebagai calon bagi mengisi jawatan setiausaha kerajaan negeri mulai awal tahun depan.
The Malaysian Insider difahamkan nama Mohammed Khusrin dibawa untuk pertimbangan dan mendapatkan perkenan Istana Negeri bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang bersara baru-baru ini.
Kontrak perkhidmatan beliau berakhir awal bulan ini.
Sumber memberitahu bahawa nama Mohammed Khusrin menjadi pilihan kerajaan pusat dan disyorkan sebagai tambahan kepada tiga nama yang dibawa oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Jais pimpinan Mohammed Khusrin menjadi tumpuan dalam siri kontroversi sejak dua tahun lalu, termasuk tindakan perundangan ke atas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan isu Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berada dalam sebuah surau di Kajang.
“Kerajaan negeri ada mengemukakan tiga nama selepas jawatankuasa pemilihan menemu bual beberapa calon, dan difahamkan nama pengarah Jais juga dibawa ke perhatian Istana untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Sumber memberitahu meskipun lazimnya nama calon bagi jawatan itu disyorkan oleh kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat juga akan ada “kata putus mereka”.
“Ini menjadi amalan masa-masa lalu,” kata sumber itu yang turut menekankan bahawa seolah-olah wujud “konflik” dalam isu apabila kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga membawa nama untuk pengisian jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan negeri.
Apa yang menarik ialah ini kali pertama kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terlibat dalam soal mengesyorkan nama calon bagi jawatan itu.
Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada pilihan raya umum Mac 2008.
“Berdasarkan pada masa lalu nama dibawa kerajaan negeri lazimnya seiring dengan pandangan pusat, tetapi ini kali pertama kerajaan negeri membawa tiga nama dan pada masa yang sama persekutuan dikatakan akan membawa nama pengarah Jais,” kata sumber itu.
Semalam, Mohammed Khusrin menolak laporan sebuah portal bahawa beliau akan menamatkan khidmatnya di Jais bulan depan.
Laporan itu yang turut memetik sumber berkata, Mohammed Khusrin akan ditukarkan ke jabatan lain yang belum dapat dipastikan tetapi ia dilihat sebagai satu “kenaikan pangkat”.

GENTAR... KAH KAH KAH.... KELAKAR AJE BUNYINYA

Selangor gentar: TPM 

LAWAS - Tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, populariti 1Malaysia yang dilhamkan oleh 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia. 

“Dia (Kerajaan Selangor) takut dengan logo 1Malaysia yang sudah menjadi ikonik dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini semalam, selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas. 

Muhyiddin berkata, gagasan 1Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu dilaporkan berkata, pengharaman penggunaan logo 1Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional. 

Muhyiddin berkata, pembangkang akan terus cuba untuk memutar-belitkan fakta tentang 1Malaysia untuk terus mengelirukan rakyat biarpun kerajaan telah memberikan penjelasan berkenaan dengan konsep itu. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pendedahan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1Malaysia tiada kaitan langsung dengan ‘One Israel’ seperti didakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dokumen itu berupa surat penafian Apco Worldwide (APCO) mengenai pembabitannya dengan gagasan 1Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen ‘One Israel’ pada 1999, Robert M Shrum. 

Salinan kedua-dua dokumen itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di lobi Parlimen semalam. - Bernama

PASARAYA XYZ JUAL BARANG TAMAT TARIKH - kenapa tak letak nama?

Nak untung lebih, jual barang luput tarikh


SAHARUDDIN menunjukkan barang tamat tarikh luput (kanan) yang didakwa dijual oleh sebuah pasar raya besar di Ayer Keroh semalam.


MELAKA - Demi mengejar keuntungan lebih, sebuah pasar raya di sini didakwa sanggup menjual barangan yang tamat tarikh luput.
Pengerusi Persatuan Pelindung Melaka , Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, pihaknya kerap menerima aduan daripada pengguna yang mendakwa tertipu apabila membeli barangan yang ditawarkan potongan harga namun, sebenarnya barangan itu telah tamat tarikh luput.
"Bertindak atas aduan yang diterima, saya sendiri telah ke pasar raya terbabit bagi menjalankan siasatan dan mendapati aduan yang diterima itu benar.
"Kita memandang serius perkara ini dan meminta pengurusan pasar raya terbabit lebih bertanggungjawab kerana ia melibatkan kesihatan pengguna," tegasnya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini semalam.

Wednesday, December 22, 2010

IMIGRESEN DAN RELA ADA OVERTIME! AHAD DI BUKIT JALIL

Lautan merah bikin gentar     

GEMPITA...penyokong Indonesia meraikan kejayaan mengalahkan Filipina di Jakarta, minggu lalu.
GEMPITA...penyokong Indonesia meraikan kejayaan mengalahkan Filipina di Jakarta, minggu lalu.
INDONESIA cuba menyematkan rasa gerun terhadap penyokong dan pasukan negara apabila menyeru lebih dua juta pekerja negara itu - sah dan haram - agar menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai ‘lautan merah’ ketika menentang Malaysia pada perlawanan akhir pertama bola sepak Piala AFF, Ahad ini.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sendiri menyeru rakyat negara itu supaya bersatu padu menyokong pasukan kebangsaan mereka menentang Malaysia dalam dua pusingan perlawanan akhir Piala AFF yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu depan.



“Mari kita semua menyokong pasukan kebangsaan kita,” Susilo dilaporkan berkata dalam Jakarta Post, semalam. Seperti dalam perlawanan sebelum ini membabitkan kedua-dua negara di Kuala Lumpur, bilangan penyokong Indonesia dijangka menyamai jumlah penonton Malaysia.

Malaysia dan Indonesia mara ke final selepas menewaskan lawan - Vietnam dan Filipina - di separuh akhir, masing-masing dengan agregat 2-0.



Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng pula melahirkan rasa yakin yang penyokong Indonesia akan mendominasi Stadium Nasional. Beliau turut menekankan perlunya keselamatan pasukan kebangsaan Indonesia itu diberi perhatian sepanjang berada di Kuala Lumpur.




“Saya ingin segala persiapan berjalan lancar, termasuk keselamatan dan kemudahan pengangkutan,” katanya.


Menteri itu berharap pemain merah-putih akan mengulangi kecemerlangan membolosi gawang Malaysia seperti ketika pertemuan pertama Kumpulan A, di Jakarta, awal bulan ini. Ketika itu, Indonesia menang besar 5-1 ke atas Malaysia.



“Bagaimanapun, jangan memandang rendah pasukan Malaysia. Mereka sudah mula menunjukkan skil dan sedang bermain baik,” kata bekas jurucakap presiden itu.


Pasukan kebangsaan negara itu yang dikendalikan Alfred Riedl dari Austria dijadualkan terbang ke Malaysia, Jumaat ini.



Ahli perniagaan dan Pengerusi Parti Golkar, Aburizal Bakrie yang juga penyokong kuat Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) sejak kebelakangan ini, dilaporkan akan menyediakan jet peribadi untuk mengangkut pasukan negara itu ke Malaysia.




“Kita mempunyai tiga juta pekerja di Malaysia. Saya harap mereka boleh dapat menukar stadium itu menjadi warna merah,” kata Aburzial yang dipetik agensi berita, Antara sebagai berkata ketika pertemuan dengan pasukan kebangsaan di kediaman peribadinya di Menteng, Jakarta Tengah.




Dalam pertemuan itu, Aburizal menyerahkan Rp 2.5 bilion (RM867,648) dalam bentuk bonus kepada pasukan negara itu kerana mara ke final. Sejumlah Rp3 bilion (RM1.04 juta) lagi menanti mereka jika menjulang trofi itu buat kali pertama.

ITU LA... ORANG BERDEMO, KORANG PUN NAK BERDEMO.....

Lain kali siasat betul-betul dulu baru berdemo. Dah lah tanah ni dikencing dek pentadbiran dulu lepas tu tuduh orang lain berak kat situ, rupanya takde sapa nak roboh kan pun.... 

Takde pulak dorang ni pi berdemo kat Kerinchi atau Setiawangsa ya?


Surau Al-Hidayah Tidak Akan Dirobohkan - TVS
21/12/2010   





RAWANG 21 DIS: Dakwaan ketidakperihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu merobohkan Surau Al-Hidayah, Rawang adalah tidak benar selepas wakil Masjid Nurul Iman, Rawang mengesahkan tanah tersebut kekal sebagai tapak surau.
Justeru pihak masjid mengumumkan segala urusan rumah ibadah Islam harus dirujuk kepada pentadbiran masjid yang telah diberi mandat oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. 
Memetik laporan portal Harakahdaily, perjumpaan di antara wakil masjid bersama Penghulu Mukim Rawang 1, Wakil Pejabat Adun Rawang dan Ahli Majlis MPS Zon 19 dengan Mahumas Sdn Bhd semalam bersetuju untuk mengembalikan keseluruhan lot-lot tanah tersebut setelah ukuran sebenar diperolehi. 
Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan media Umno-Barisan Nasional yang menuduh kerajaan Selangor tidak mengambil kira sensitiviti kaum Islam di kawasan itu.
Sebelum ini syarikat Mahumas Sdn Bhd mengeluarkan notis pengosongan tapak perniagaan dan aktiviti di kawasan itu bertarikh 19 Oktober 2010 selepas mendakwa keseluruhan 8 lot tanah tersebut adalah milik mereka namun tidak secara terperinci menjelaskan berkenaaan isu pencerobohan tapak surau.
Namun pentadbiran Masjid Nurul Iman berpendirian surau tersebut harus dikekalkan seperti sedia ada dan notis pengosongan tersebut adalah terbatal secara sah.
Menurut Nazir Masjid Nurul Iman, Ilham Akhbar Harun berkata dokumen dari Pejabat Tanah & Daerah Gombak mengesahkan tanah seluas 13,885 kaki persegi tersebut telah direzabkan sebagai tanah rezab tapak masjid pada 12 Mac 1920 dan berpendapat ianya harus dipertahankan.
Selain itu, Ilham menjelaskan surau tersebut perlu kekal sebagai simbol dan warisan kecemerlangan identiti umat Islam di Bandar Rawang sejak 100 tahun lalu selain tapak itu merupakan kawasan yang strategik untuk perkembangan Islam setempat.
Tambah beliau lagi, sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan.

BUKAN DULU NAK BUAT DI MALAYSIA KE? APA CERR?

Russia, India to jointly develop fighter jets
Russia and India have agreed to strengthen bilateral cooperation in various fields including national security, nuclear energy and trade.

Russian President Dmitry Medvedev and Indian Prime Minister Manmohan Singh signed agreements in these areas in New Delhi on Tuesday. The 2 countries agreed to start a design project for fifth generation fighter jets with the stealth capability of evading radar detection.

India, since the Soviet Union days, has been a large buyer of Russian arms, which are now becoming outdated.

India appears to be trying to boost its defense power and develop its high-tech industries through the joint arms development project with Russia.

The 2 leaders also agreed to more than double their bilateral trade to 20 billion dollars by 2015, and to deepen cooperation in research and development in the field of nuclear energy.

Medvedev said after the meeting that the latest agreements will increase and advance the long-standing ties between the 2 countries.

DUIT SUDAH TARAK KOT.... PR KIRA IKUT REKOD APA?


Program 100 Hari: Pakatan tak paksi pada realiti, kata Najib

December 21, 2010
PUTRAJAYA, 21 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat, tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka.
Bagaimanapun, Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Lain kalilah sebab kita akan beri respons yang terperinci,” katanya selepas menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian persefahaman antara Malaysia dan India untuk kerjasama berkaitan perkhidmatan bantuan teknikal bagi pembangunan dan pengurusan lebuh raya di pejabatnya di sini hari ini.
Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lepas.
Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum ke-13.
Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. – Bernama

Tuesday, December 21, 2010

Apasal Puad Zarkashi tak suruh pi Sekolah kat Melaka?

Kementerian tak boleh halang pelajar nak nikah     

KUALA LUMPUR: “Tiada dasar yang boleh melarang mereka berkahwin, tapi jika dia didapati mengandung, maka dinasihatkan supaya berhenti sekolah,” ulas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai pelajar bawah umur 17 tahun yang bertunang dan berkahwin pada usia muda.
Menurutnya, jika keluarga pelajar terbabit sama ada lelaki mahupun perempuan memberi persetujuan dan restu mereka untuk berkahwin, malah turut disokong kebenaran mahkamah, tiada sebab kementerian perlu melarang apatah lagi tiada perundangan membolehkan berbuat demikian.


Katanya, beliau juga turut yakin isu berkahwin pada usia masih mentah dan berada di alam persekolahan tidak akan memberi kesan buruk kepada pelajar di seluruh negara ataupun mempengaruhi mereka, memandangkan jumlahnya tidak begitu ketara.

“Perkara ini (berkahwin muda) terpulang kepada kebenaran keluarga mahkamah dan persetujuan ibu bapa. Jika peroleh kedua-duanya kementerian tidak boleh berbuat apa-apa termasuk menghalang perkahwinan daripada berlaku.


“Cuma, kalau mengandung kita akan menasihatkan supaya berhenti daripada meneruskan pengajian di sekolah kerana bukan hanya boleh menjejaskan dia sendiri, bahkan turut memberi kesan kepada pelajar lain dan kementerian tak mahu ini terjadi.



“Mengenai sama ada kahwin pada usia mentah ini boleh mendatangkan isu lebih besar, saya tidak fikir begitu kerana sebelum ini ada kes pelajar yang berkahwin, dia bukanlah menuntut di sekolah kementerian tetapi tahfiz. Jadi tak mungkin mendatangkan isu serius,” katanya.

HARAP BUKAN SEBAB ANIAYA - TAKZIAH UNTUK MANGSA


27 die in tourist bus accident in Malaysia - DARI BERITA NHK WORLD.
Twenty-seven people were killed on Monday in a tourist bus accident in Malaysia. The accident occurred on a highway in the mountains of the State of Pahang.


A large bus packed with tourists failed to negotiate a downhill curve and crashed into a wall of rocks at the side of the road.

Local police say 27 people died. Ten are being treated at a hospital for injuries.

The bus was traveling from the Cameron Highlands, a leading summer destination in Malaysia, to the capital city of Kuala Lumpur. Most of the passengers were tourists from neighboring Thailand.

Monday's accident follows other fatal bus accidents in Malaysia this year. In August, 22 people died in an accident attributed to a bus driver dozing off at the wheel. And a man driving without a license caused a bus accident in October that killed 7 people.


Jika dahulu melalui Jalan Tapah - Cameron selalu juga berlaku kes pokok tumbang. Ada tumbang betul-betul, ada juga ditumbangkan untuk mencari duit kopi. Semoga kes ini diteliti diluar kotak agar tiada sebarang unsur-unsur khianat yang akhirnya ini kemalangan akan menjadi yang pertama tetapi bukan yang terakhir. Itu sahaja harapan saya. Dah lah dorang ni duduk kat tempat TETAP kalau ke Cameron. 
27 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai
IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.
Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah menggerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti.- BERNAMA

Cerita Dolu Dolu