Tedung Selar Ditangkap Di Padang Besar
KANGAR: Seekor ular tedung selar sepanjang lebih tiga meter ditangkap di Kampung Tersusun, Padang Besar oleh pasukan sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) malam tadi.
Pegawai Cawangan Pengurusan Bencana/Operasi JPAM Perlis, Mohd Razani Zainuddin berkata pasukan itu bergegas ke kampung itu selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.40 petang mengenai penemuan reptilia paling berbisa itu.
Ular itu berjaya ditangkap pada kira-kira 7.50 malam di luar sebuah rumah penduduk kampung itu, katanya.
Sejak Oktober lalu, sukarelawan JPAM Perlis telah menangkap sebanyak 54 ekor ular berbisa dan tidak berbisa dan menurutnya kebanyakan reptilia itu ditangkap bulan lepas ekoran keadaan banjir yang memaksa reptilia itu meninggalkan sarang dan masuk ke rumah-rumah penduduk.
Perlis mempunyai Taman Ular dan Reptilia (TUR) yang menjadi tarikan utama pelancong.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment