Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, May 11, 2009

Nizar MB Perak sah

Nizar MB Perak sah
Oleh ZANARIAH ABDUL MUTALIB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim DatukAbdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tetapi boleh mengemukakan rayuan rasmi.

Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.

"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.


" SAPA YANG DAH BAYAR DOWNPAYMENT UNTUK BELI CAMRY SILA AMBIK BALIK WANG ANDA - DAN YB NIZAR KENA PASTIKAN WANG DOWNPAYMENT UNTUK PERDANA TIDAK DI BAYAR ATAU KALAU TELAH DI BAYAR DI AMBIL BALIK - NANTI JADI MACAM SELANGOR, DUIT HILANG, MERC PUN TAK NAMPAK BAYANG "

No comments:

Cerita Dolu Dolu