Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, May 11, 2009

BERITA TERJUMPA DI WEB - SINAR HARIAN

Minuman tin panas pertama di dunia

Dengan pasaran global lebih daripada 200 bilion minuman tin dijual setahun dan lebih daripada 500 bilion minuman panas diminum setiap hari dan berdasarkan angka tersebut Hot-Can Sdn Bhd mengambil peluang mengeluarkan minuman tin panas pertama di dunia bagi memenuhi kehendak pasaran.

“Semuanya bermula pada tahun 2000 di mana saya melihat pasaran bagi minuman panas memang luas dan bermula dari situ saya mula melakukan penyelidikan untuk menjual minuman tin panas dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM20 juta. Minuman ini mula dipasarkan di Australia dan New Zealand pada November 2008 dan ternyata sasasaran saya menepati jangkaan di mana lebih sepuluh juta tin dijual dalam masa sebulan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Hot-Can Malaysia Sdn Bhd, Datuk Kenneth Kolb kepada Sinar Harian.

Mempunyai dua jenis perasa iaitu Cafe Latte dan Hot Choclate. Minuman tin panas ini adalah yang pertama mendapat pengiktirafan sijil halal dan anugerah Emas ITEX Malaysia daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi juga anugerah Inovasi Produk Terbaik 2009.

“Dalam suasana ekonomi yang muram ini kemasukan minuman panas ini ke pasaran memberi kesan positif terhadap penjimatan tenaga sebanyak 65 peratus jika kita memasak air menggunakan cerek. Dengan minuman tin ini ia hanya mengambil masa tiga minit untuk air tersebut menjadi panas. Ia mudah dibawa ke mana-mana dan anda boleh menikmati minuman panas tanpa memerlukan alat pemanas,” katanya.

Setelah berjaya di pasaran Australia, minuman tin panas ini sudah memasuki pasaran Turki, dan dijangkakan menembusi pasaran China dan Hong Kong pada penghujung tahun ini.

”Sasaran tahunan yang kami jangkakan untuk pasaran keseluruhan ialah sebanyak 27 juta dan bagi rakyat Malaysia anda boleh mendapatkannya di pasaran selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini dengan anggaran harga RM3.50 hingga RM4.50 satu tin,” katanya.


Aku tak faham. . . . 1980an semasa belajar sudah ada vending machine yang jual kopi, teh dan berbagai lagi kat Jepun nun. . . selalu di cari masa musim sejuk. Santory Japan juga ada keluarkan sake dalam tin (ni dorang selalu minum panas) beserta dengan devise yang di tarik akan memanaskan minuman dalam tin tersebut.

Berita APA KE JADAHNYA PERTAMA DI DUNIA TU? AKU TAK PAHAM BETUL. . .

Tolong sesapa jelaskan kemusykilan aku ni? 20 tahun dulu dah ujud kenapa dok cerita pertama di dunia - ni nak tipu Melayu lagi ker?

No comments:

Cerita Dolu Dolu