Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, February 29, 2008

SEKITAR CERAMAH BARISAN RAKYAT DI SEKSYEN 20


Alhamdulillah, ceramah pilihanraya anjuran Barisan Rakyat telah dapat berlangsung dengan jayanya. Walaupun semasa mula persiapan, hujan masih lagi turun renyai-renyai. Majlis berlangsung dalam suasana yang tenang tanpa sebarang insiden. Majlis yang di mulakan dengan klip video kenyataan Tun Dr. Mahathir berkenaan pengakuan mengatakan DSAI di zalimi. Di ikuti oleh penerangan dari Naib YDP PAS Bahagian Shah Alam.

Kehadiran 2 orang calon Barisan Rakyat iaitu IR Khalid Samad (P108) dan Dr. Rodziah Ismail (N41) menghangatkan suasana. Kehadiran agak kurang kerana perubahan tempat tidak dapat di maklumkan lebih awal.

Sebelum kehadiran IR Khalid Samad, 2 buah kereta peronda (dorang kata SB ada gak lepak kat belakang) dan juga 3 buah kenderaan MBSA datang untuk membuat pemantauan dan pengesahan permit.

Salah satu kereta peronda yang lalu dan berhenti di hadapan rumah sempat bersalam-salaman dengan saya. Agak terkejut melihat 4 anggota di dalam satu kereta dan mereka agak muda. Di takdirkanlah mereka melihat kes jenayah dan dapat menangkap penjenayah, mana nak di sumbat penjenayah tu? Seharusnya kereta peronda di hadkan kepada 2 orang anggota sahaja.

Antara intipati yang menarik dari dua orang calon di Parlimen Shah Alam dan DUN Batu Tiga ini adalah :

"Minyak dunia naik sebab pengeluaran kurang di Iraq, Nigeria dan Venezuela (yang tidak mahu menjual kepada Amerika) serta 50% telaga minyak Amerika di Gulf of Mexico di tutup selepas di landa Hurricane Katrina tetapi kos pengeluaran masih sama malah lebih rendah kerana teknologi yang lebih baik. Kenaikan harga memberi untung kepada negara (Petronas). Semasa di Bahrain yang menjual petrol pada harga RM0.80/liter, saya bertanya bagaimana menampung harga pasaran dunia yang tinggi? Mereka berkata, kami pengeksport minyak. Harga naik kami untung."

Ir Khalid Samad saya di maklumkan (tak berapa clear sebab lepak kat pangkin rumah) adalah Engineer dalam Oil & Gas.

Dr. Rodziah merupakan Civil Engineer dan calon bagi DUN Batu Tiga. Antara kisah menarik yang beliau sampaikan, kebetulan dua hari lepas hujan yang teramat lebat di Shah Alam menyebabkan banjir kilat seperti di Padang Jawa dan Sg Rasah.

"EXCO Selangor memaklumkan peruntukan sebanyak RM 350 juta pada tahun 2006 apabila banjir melanda TTDI Jaya. Mereka kata projek tebatan banjir ini boleh bertahan selama 100 tahun. Belum 2 tahun dah banjir lagi. Kemana duit ini? Masuk poket? Inilah akibatnya apabila perlaksanaan tidak di rancang oleh mereka yang pakar"

Saya harus akui Dr Rodziah layak bercakap begitu bukan sekadar kapasiti sebagai calon Barisan Rakyat tetapi sebagai Jurutera.

Meneliti manifesto Parti Keadilan, saya rasa ianya boleh di capai kecuali gaji minima RM1,500.00. Ianya mungkin perlu penelitian yang lebih terperinci. Ini sekadar pendapat saya yang berkecimpung di dalam bidang Sumber Manusia. Saya rasa permintaan MTUC lebih praktikal. Sebelum tahap gaji minima RM 1,500.00 hendak di capai mentaliti pekerja harus di ubah dahulu. Sikap pekerja Malaysia yang baru bekerja setahun jagung tapi merasa diri dah teramat pandai harus di ubah. Kemahiran harus di pupuk dan pekerja boleh di "anggap" mahir sekurangnya-kurangnya selepas 5 tahun pengalaman. Ramai pekerja yang saya lihat walaupun mungkin pernah pegang sesuatu alat atau mesin sekadar sebulan-dua, telah menganggap dirinya sudah cukup bagus dan cuba mempromosi diri sebagai serba tahu namun hakikatnya tidak.

Berbalik kepada isu pilihanraya, kenaikan harga PASTI akan berlaku jika Barisan Nasional diberi mandat yang besar seperti tahun 2004. Pastikan TAK NAK kepada Barang Naik. Walaupun malam Jumaat barang mesti naik jugak. Ha ha ha ha . . . .


No comments:

Cerita Dolu Dolu