Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 13, 2005

E-mail dan Implikasi

Assalamualaikum w.b.t.
Post ni sepatutnya dimasukkan minggu lepas lagi tetapi blogger.com problem menyebabkan saya perlu recover balik dan itu pun separuh sahaja.
Dalam dunia tanpa sempadan dan internet telah menjadi gunaan harian maka tidaklah menghairankan pelbagai info boleh didapati dari internet. Sekarang ini, dibulan Ramadan ini dan sudah mula bahang hari raya aidil fitri (eid-fitr) mula dirasai, tentunya kad raya bakal pengganti diri - itu dulu, sekarang sudah ada kad on-line. Hari ni hantar, hari ni juga dapat (bak kata Mawi dalam Uniknya Ramadan bersama Mawi di Astro Ria).
Beberapa tahun kebelakangan banyak e-mail yang diterima melalui pelbagai sumber dan e-mail yang saya maksudkan di sini kebanyakannya berpunca dari negara Timur Tengah atau Eropah. Saya rasa ramai pernah mendapat e-mail tersebut dan di sini saya perturunkan contoh-contoh:
  1. Neil Amstrong (ada yang mengatakan ianya Edwin Aldrin) memeluk Islam apabila kembali ke bumi semasa lawatan ke Mesir setelah mendengar adzan; dikatakan Neil Amstrong mendengar adzan di bulan.
  2. Will Smith di katakan memeluk Islam setelah membintangi Ali the Greatest.

Tidak pula saya dengar berkenaan Denzel Washington samada beliau memeluk Islam setelah membintangi Malcolm X.

Akhir-akhir ini telah ada e-mail yang dimulai dengan pujian-pujian (Subhanallah, Alhamdulillah) dan disertai dengan unsur-unsur nasihat. Cuma yang mengecewakan apabila diakhiri dengan arahan supaya menghantar e-mail tersebut kepada 20 orang (?) maka penghantar akan dapat melihat keuntungan terutama dari segi kewangan. Saya khuatiri ini berunsur surat berantai dan boleh menggugat aqidah kita.

Isu terbaru tentulah berkaitan qiamat. Dari isu 2 gerhana hinggalah ke tarikh-tarikh tertentu. Selain dari mengundang kegusaran, apakah ianya tindak tanduk anasir yang hendak melencongkan umat Islam? Apakah ini tindakan untuk melekakan umat Islam? Buat apa berusaha sedangkan dunia sudah kepenghujung. Lebih baik beribadat walhal mencari rezeki juga ibadat dan lebih mulia dari sekadar beriqtikaf di masjid sambil mengharap ehsan orang lain.

Sedikit nota : Isteri saya telah menghantar e-mail kepada rakan-rakan sekerja - untuk booking order Kad Raya Mawi World dan SEPATUTNYA untuk kengkawan sahaja TETAPI entah bagaimana telah terlepas ke luar. Dimulakan dengan isteri saya mendapat panggilan dari KL dan yang paling best apabila adik ipar saya (adik isteri) call dia dan komplen kenapa tak beritahu dia kami order kad raya? konpius lagi... disusuli dengan panggilan telefon dari Pulau Pinang nak order jugak.... sapa pulak ni? Kami bukan dealer kad raya tu.... baik order dari AJK MawiFC terus....macam kami juga..... Hasilnya, saya terpaksa merayu seorang AJK ni untuk melepaskan kad-kad tambahan dan nasib baik berhasil. Terima kasih yang teramat sangat kepada beliau.

Berhati-hatilah apabila kita hendak menghatar e-mail walaupun kepada rakan. Teliti e-mail tersebut dan fikirkan baik/buruk jika kita menghantar e-mail tersebut.

No comments:

Cerita Dolu Dolu