Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 25, 2005

Pesta Pertanian Shah Alam

Semalam selepas solat maghrib dan makan malam, jam 8:00 malam kami sekeluarga pergi ke tapak Pasar Tani Stadium Shah Alam untuk pergi melihat Pesta Pertanian. Alamak! rupanya ada bola Selangor lawan Perak pulak. Terpaksa buat pusingan jauh dan naik ikut highway kalau tak, lewat ler. Kami tiba pada jam 20:30 lebih kurang. Pesta ini akan berakhir hari ini 25 Ogos 2005 sehingga jam 18:00 katanya. Meriah sungguh! Ada booth kecil dan besar, booth negeri negeri.
Antara yang menarik adalah booth rumah Kedah - siap rumah tu. . .,
Perlis dengan gua Kelam dan taman reptilia (adalah beberapa ekor ular dalam bekas) Ada jual pokok anggur - RM25.00 nak beli? takut tak menjadi,
Melaka - buat bahulu on the spot dan sebagainya.
Sambil jalan-jalan dapat juga memberi pelajaran kepada anak-anak tentang pertanian dan barangan pertanian seperti padi dan semaian, tebu dan gula - proses gula, buat dodol dsb. Bagi tapak jualan/bazaar dimana terdapat berbagai jualan hasil pertanian seperti kuih muih, buah buahan, hasil tenusu, hasil kampung seperti kerepek, madu, dan macam macam lagi.
Beli Sos Cili RM1.00, Teh Beras Goreng (rasa macam Mugi-Cha), Tapai Pulut Hitam, Rock Melon. Ada Centre Tent siap Karaoke Contest lah pulak. . . walaupun masa yang singkat dan parking penuh (sebab bola lah nih) tapi agak seronok juga setelah sekian lama tidak pergi ke tapak expo seperti itu.
Apa yang special? adalah gerai dari Johor menjual buah pulasan. Malam dah habis sebab? PULASAN MAWI! Boleh? Ada satu lagi jual buah dokong dari Selangor (?) DOKONG MAWI WORLD.
Macam macam diorang ni nak melariskan barangan. Patut buah buahan di beri nama Felix lah baru betul. . .
Apasal baru tahu semalam? Itu pun org rumah pegi ngan kengkawan. Mana promosi nya? Memang BEST tapi promosi kurang agaknya.

2 comments:

Anonymous said...

Masa kita lalu kat hi-way tu nampak gak penuh canopies di sekitar stadium Shah Alam..tanya adik pun tak tau ada event ape kat situ.. Oooh, pesta pertanian rupanya...Iyelah, promo kureng lah tuuu..Mcmana lah S`gor nak menuju wawasan S`gor maju 2010 ( ?????? ) ke..Promo tu pun sangkut...

Anonymous said...

Promo tu pun sangkut...

Monday, August 29, 2005 8:03:39 AM


hahaha agaknyer lah.

Cerita Dolu Dolu