31 Ogos 2005 merupakan Hari Kemerdekaan ke 48. Kalau yang lahir pada 31 Ogos 1957 mungkin dah bercucu. Anak buah saya juga lahir pada 31 Ogos 2000.
Satu saja yang musykil, kenapa slogan 'KERANAMU MALAYSIA' digunakan kalau tak silap dari 1999 lagi langsung tak berubah?
Apa itu merdeka pada diri kita?
Apa itu merdeka pada diri kita?
Merdeka dari hutang? Merdeka dari tekanan kerja? Merdeka dari menjadi kuli? Merdeka dari menjadi boss? atau merdeka sebab kita melaungkan MERDEKA! ! setiap tahun?
Apa itu merdeka? Dari mana asal datang perkataan merdeka? Kenapa merdeka?
Merdeka kah kita apabila anak-anak ditekankan bahawa bahasa kita tidak akan memajukan negara?
Merdeka kah kita apabila anak-anak ditekankan bahawa lulus peperiksaan dengan cemerlang sahaja penentu kejayaan.
Merdeka kah kita apabila ugama tidak dijadikan teras kekuatan?
Merdeka kah kita apabila anak-anak tidak mengenali Rukun Negara. . . bukan ikrar rukun negara (Bahawa kami, rakyat Malaysia. . . dan seterusnya) tetapi Prinsip Rukun Negara.
Merdeka kah kita sedangkan kita tidak merdeka dari belenggu kenaikan harga.
Merdeka kah kita. . .
Merdeka kah kita. . .
2 comments:
dah lupe rukun negarala brader... cane yerk...
maka kami rakyat malaysia.. berikrar.. akan menumpukan seluruh tenaga... errr... hehe...
cisss! aku hapal dari kecik! ini juge yang menyebabkan aku terpilih utk lead baca ikrar pelajar baru kat um dulu
Post a Comment