Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 14, 2013

#KL112 DARI KACAMATA KU

Kami bertolak dengan komuter pada jam 11:30 pagi menuju ke stesen Kuala Lumpur dengan matlamat ke Masjid Negara. dalam komuter sudah dipenuhi ramai yang memakai pelbagai pakaian warna-warni merah, kuning dan hijau. Ada yang mengambil kesempatan menjual bandana dan T-shirt juga. Lumayan.
Di Stesen Komuter
Sesampainya di masjid negara, lautan manusia memeuhi perkarangan masjid dan bersiap sedia untuk solat Zohor. SubhanAllah, rasanya solat Jumaat pun tidak sepenuh begini.

Perkarangan Masjid Negara

Kami bergerak menuju ke stadium Merdeka selepas solat. Ada jalan-jalan yang dikawal oleh polis trafik untuk melancarkan perjalanan selain Unit Amal. Terdapat agen provokator yang menjerit marah kepada polis apabila terhenti sebentar untuk menberi laluan kepada lalu-lintas dalam kelompok manusia yang ramai tetapi tidak mendapat layanan dan ditenangkan oleh orang sekeliling. Apabila menghampiri Tokong Kuan Yin, kami sudah tak boleh bergerak dan berjalan menjadi perjalanan otomatik. Tidak perlu melangkah, anda pasti kedepan. Kami melalui Jalan Kinabalu bertembung dengan grup yang melalui Jalan Bulatan Merdeka dan Jalan Sultan Sulaiman. Jarak 2km dari Masjid Negara ke kawasan Tokong Kuan Yin terus dipenuhi lautan manusia. Dengan berandaian setiap orang memerlukan keluasan 1/2 meter persegi dan setiap deretan dipenuhi oleh 10 orang maka, jarak 2 km berjumlah tidak kurang 40,000 - 50,000 orang pada jarak pandangan mata saya sahaja. Mereka semua berjalan dengan tenang dan santai.

Lautan manusia dari dua penjuru jalan

Bermula keluar dari Masjid Negara saya mengeluarkan plastik sampah saiz L saya untuk mengutip sampah yang mungkin dibuang oleh manusia yang ramai ini. Saya mengutip botol-botol air, kotak rokok, plastik aiskrim, tin minuman dan sampah yang lain yang saya ketemu. Dengan lautan manusia sebegini tentulah banyak sampah bertaburan seperti yang berlaku di Dataran Merdeka selepas sambutan tahun baru tempohari
(Gambar ehsan Star)

Diakhir hentian saya di tokong Kuan Yin, plastik sampah saya tidak sampai separuh dipenuhi. Dengan jumlah lautan manusia sebegitu, sampah hampir tiada dan sampah terkumpul ditempat longgokan sampah dengan baik. Rakyat Malaysia amat berhemah sekali dan mengagumkan saya. Mungkin kumpulan yang hadir #HKR112 adalah kumpulan yang berbeza. 

Peniaga air terutamanya amat lumayan berniaga. Siapa kata peniaga rugi? Restoran stesen sudah hampir tiada apa untuk diniagakan semasa saya melalui laluan tersebut. Kerjasam dari pihak PDRM dalam memberi kawalan dan tanpa kehadiran sebarang trak FRU mengesahkan bahawa rakyat Malaysia mampu berhimpun dengan aman dan mungkin dari jaminan PDRM ini jumlah kehadiran berlipat kali ganda dari BERSIH. Ramai mereka yang hadir adalah dari kumpulan kali pertama hadir. Bagaimana nak kenali? Dari pakaian. Mereka yang dah biasa kena kejar dengan polis sebelum ini memakai kasut. ha ha ha.
Saya tidak sampai ke Stadium Merdeka kerana sudah melekat di hentian akhir. Isteri saya dapat tiba kesana. Kebanyakan yang sangkut di kawasan tersebut datang dari Masjid Negara.

Grup Sabah - INI KALI BAH

Kesimpulan : Ramai wanita muda berpurdah hadir dalam perhimpunan ini. Risikan mengesahkan mereka adalah mahasiswi yang 'menyembunyikan' muka mereka dari dikenali. Grup dari Masjid Negara ramai kaum melayu dan semasa bertembung didepan tokong, ramai kaum cina hadir. Grup dari Sabah ada, grup orang asal dari Grik juga ada. Banyak placard yang menarik diangkat selain banner-banner. Bendera Pakatan Rakyat serta bendera Negeri juga banyak memenuhi perjalanan.

Akhir kalam INI KALI LAH.

No comments:

Cerita Dolu Dolu