Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 24, 2012

Satu perkataan sahaja - AYASHII


Harap cadangan tersebut tidak kemudiannya menyebabkan kerajaan membeli balik syarikat tersebut dari syarikat bumiputera yang diberi peluang seperti apa yang telah banyak berlaku. Contoh paling klasik - MAS yang akhirnya kerajaan melupuskan hutang 580 juta. Selain terbaru apabila tender dibuka untuk mengambil alih NFC.
Sepuluh Lagi Syarikat Akan Dilupuskan - PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan sepuluh syarikat, masing-masing lima syarikat di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan selebihnya di bawah Khazanah, akan dilupuskan.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata pelupusan itu bertujuan membolehkan kesemua syarikat itu iserah milik kepada syarikat Bumiputera lain melalui tender terbuka.
Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikannya, yang berlangsung selama kira-kira dua jam di sini hari ini. "Keputusan itu membolehkan PNB dan Khazanah melupuskan perniagaan yang bukan teras, selain untuk memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi dan mempunyai kemampuan terbukti, untuk mengambil alih syarikat tersebut dan memajukannya lagi," kata Najib pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Najib berkata pengumuman nama-nama syarikat tersebut akan dibuat tidak berapa lama lagi memandangkan ia perlu melalui proses mendapatkan keputusan daripada Lembaga Pengarah.
Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata keputusan turut dicapai untuk menambah sejumlah 50 lagi syarikat teras Bumiputera yang menjadikan keseluruhan 130 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi. "Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa buah syarikat yang telah tersenarai berjaya menjadikan syarikat itu sebagai sebuah syarikat utama dalam bidang masing-masing," katanya.
Najib berkata sebagai contoh, syarikat AZRB yang memperoleh kontrak besar daripada program MRT, selanjutnya menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta dalam jangka masa dua tahun kepada syarikat-syarikat Bumiputera.
Selain itu katanya MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd bekerjsama dengan Teraju dalam sektor industri pelancongan, dan MITC akan melabur RM100 juta dalam jangka masa tiga tahun untuk merealisasikan pelan perkembangannya selain membantu syarikat Bumiputera yang lain. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu