Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 05, 2011

APA PULA SELEPAS INI? FEEDLOT SAJA BOLEH BEKAL LEMBU?

Aidiladha: Tindakan tegas jika sembelih tanpa permit

November 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Orang ramai yang ingin menyembelih ternakan korban sempena Aidiladha esok diminta mendapatkan permit daripada pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdekatan dengan tempat masing-masing.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata ini kerana di bawah Akta Binatang 1953, semua penyembelihan di luar rumah sembelihan berdaftar perlu mendapatkan permit sembelih daripada pihak jabatan.
“Penyembelihan tanpa permit atau kebenaran bertulis JPV adalah menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda manakala daging sembelihan boleh dirampas,” katanya dipetik Bernama Online.
Aziz berkata pegawai veterinar akan menjalankan pemeriksaan mengejut di semua masjid dan surau serta tempat penyembelihan luar di seluruh negara pada Hari Raya Aidiladha.
“Pemeriksaan ini meliputi permit kebenaran, kebajikan ternakan, penyakit dan keselamatan daging korban yang akan diedarkan,” katanya.
Aziz berkata permohonan permit bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dibuat di pejabat JPV Kuala Lumpur di KM 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras di mana kaunter akan dibuka hari ini mulai pukul 8 pagi sehingga 2.30 petang.
Beliau berkata pemohon perlu membawa bersama sijil kesihatan veterinar, yang boleh diperoleh daripada pembekal ternakan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu