Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 03, 2011

NI KERJA AGENSI PEKERJA ASING (SEBAB ITU TAK MAKLUM NAMA AGENSI)

'Kembalikan wang RM2.9 juta'
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
2011/08/02

Peneroka rayu agensi bayar jumlah dikumpul melalui Tabung Tanam Semula MUAR: “Kembalikan wang tabung RM2.9 juta supaya kami boleh mulakan program tanam semula sawit,” rayu peneroka sebuah tanah rancangan dekat sini yang mendakwa agensi yang bertanggungjawab sehingga kini belum membayar wang berkenaan kepada mereka yang dikumpul melalui Tabung Tanam Semula sejak 1983.

Mereka sudah berusaha sejak tahun lalu bagi mendapatkan hak dari tabung berkenaan yang diwujudkan agensi rancangan tanah itu dengan potongan kira-kira RM86,000 setahun.

Apa yang menghairankan kumpulan peneroka terbabit, agensi terbabit mendakwa mereka tidak layak mendapatkan wang dari tabungan itu dengan alasan masih berhutang dengan agensi berkenaan, sedangkan kebanyakan peneroka sudah keluar dari rancangan itu mulai 2007 dan mendapat hak milik tanah, membuktikan mereka tiada sebarang tunggakan hutang. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tabung Tanam Semula Projek Bukit Kepong, Nasron Abd Wahab, 52, berkata mereka buntu apabila usaha menemui pengurusan agensi itu dan surat yang dihantar kepada pihak berkenaan sejak tahun lalu tidak dilayan dan sehingga kini tiada tanda penyelesaian. Katanya, kegagalan agensi terbabit mengembalikan wang tabung itu menyebabkan pendapatan peneroka berkurangan berikutan keadaan pokok sawit sudah tua dengan ketinggian mencecah 15 meter dan tidak lagi mengeluarkan buah yang baik. “Jika tak tanam semula dengan segera, pasti pendapatan kami akan terus merosot seterusnya kembali miskin. Bayangkan sebelum ini peneroka mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan, merosot kepada RM1,800 apabila hanya mampu mengeluarkan dua hingga tiga tan sawit sebulan dan akan terus merosot. “Keadaan pokok sawit yang berusia 25 tahun bukan saja dikategorikan tua, sebaliknya tidak lagi ekonomik kerana hasilnya mula berkurangan, sekali gus memberi bebanan kepada pekebun,” katanya.

 Katanya, wang tabungan yang dituntut mereka daripada agensi terbabit potongan yang disimpan sejak 1983 oleh setiap peserta sepanjang berada di bawah pengurusan agensi itu bagi kegunaan tanam semula. Katanya, 102 daripada 152 peneroka peringkat 2 dan 3 memperoleh hak milik tanah dan keluar daripada pengurusan agensi itu mulai 2007, sepatutnya menerima sejumlah simpanan dalam tabung tanam semula itu bagi menanam pokok baru. “Kami hanya mahu hak kami iaitu wang daripada tabung yang dipotong agensi itu sejak 1983. Alasan peneroka masih berhutang tidak boleh diterima kerana kami sudah mendapat hak milik tanah selepas semua hutang dilangsaikan. “Kenapa hanya selepas kami keluar daripada pengurusan dan menuntut hak bagi tanam semula sawit, baru agensi itu menimbulkan soal hutang, sedangkan sebelum ini perkara berkenaan tidak pernah dibangkitkan,” katanya. Nasron berharap agensi terbabit dan kerajaan memberi perhatian terhadap nasib mereka bagi membolehkan peneroka mendapatkan wang tabungan itu untuk projek tanam semula, sekali gus meningkatkan lagi pendapatan. 

No comments:

Cerita Dolu Dolu