Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 09, 2011

SENTIASA PAKAI TALI PINGGANGKELEDAR WALAUPUN JARAK DEKAT

Peniaga Terbunuh Selepas Tercampak Keluar Daripada Kereta
KANGAR: Seorang peniaga maut apabila kereta yang ditumpanginya terbabit kemalangan jalan raya menyebabkannya tercampak keluar daripada kenderaan itu di kampung Kubang Gajah dekat sini, Rabu.
Ketua Polis Daerah Arau Supritendan Mohd Nadzri Hussain berkata Chua Kok Seong, 36, yang patah tengkuk dan cedera di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta jenis Kelisa itu, Ngoi Chuan Tat, 29, cedera parah.
Kejadian berlaku kira-kira 1 petang, apabila kereta yang dipandu Ngoi hilang kawalan lalu merempuh pokok jati di bahu jalan manakala Chua yang tidak memakai tali pinggang keledar tercampak keluar.
Mohd Nadzri berkata semasa kejadian, kenderaan yang dinaiki kedua-dua lelaki itu sedang menghala Arau dari arah Kangar dan kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kenderaan dipandu laju dan keadaan jalan licin berikutan hujan lebat.
Mayat mangsa yang beralamat di Alor Setar, Kedah, itu dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan rakannya yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu