Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 18, 2011

BUKAN PERTAMA DAN MUNGKIN BUKAN TERAKHIR

Adakah mereka yang menyerbu tersebut tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kematian beliau? Adakah beliau mempunyai keluarga? Anak yang masih memerlukan dokongan dan sokongan bapa mereka? isteri yang masih bergantung kasih terhadap suaminya? Adilkah dibiarkan kematiannya tidak terbela? entahlah. Sukar untuk menafsirkan situasi sebenar. Cuma nak juga tahu apa beza Mat Skodeng dengan pihak penguatkuasa tersebut selain dari mempunyai kad kuasa? Sudah tentu ahli keluarga serta jiran-jiran akan ketahui jua apabila mayat dibawa kembali kerumahnya. Si mati tentulah sudah mati tetapi bagaimana pula dengan ahli keluarga beliau? Sudah tentu menjadi umpatan masyarakat dalam tempoh yang lama. Tiadakah cara yang lebih baik serta lebih tertib untuk menghalang kes-kes seperti ini dari berlaku lagi? Sekadar renungan. DRMAZA mempunyai pandangan yang sebegini.
Bekas Polis Maut Elak Dicekup JAWI
KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi Selasa.
Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.
Beliau berkata mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu