DARI TWITTER @AzminAli Mohamed Azmin Ali Menteri Dalam Negeri dan celaru dan sasau. Notis Seksyen 111 yang diserahkan kepada saya tengah malam tadi bertarikh 26 November 2011.
3 kereta polis kelilingi rumah Azmin untuk serah notis
Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac. Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut. Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak. Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!" Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu. |





No comments:
Post a Comment