Selepas beberapa kali tertangguh dan terbatal, gua dengan rasa rendah diri dan gumbiranya membawa keluarga dan bonda bercuti-cuti ke Jakarta/Bandung dalam cuti musim persekolahan ini yang akan berakhir pada Ahad ini.
Nak buat camne? Cuba cuti-cuti dalam negeri tengok? Dah lah hotel susah nak dapat, semedangnya penuh (betul ke?) lepas tu School Holiday rate pulak lagi - up lagi ntah berapa banyak. Hotel pulak berlagak bangang anggap pelancung tempatan ni sama level dengan pelancung asing. Cuba pi Langkawi tengok. Kos bercuti di Langkawi terutamanya hotel mahal giler. Orang tempatan pun mengeluh rega naik melambung. (Sebagai perbandingan Indonesia mengggunakan harga hotel yang berbeza untuk pelancung dan warga tempatan)
Nak harap kementerian pelancungan atau menteri buat sesuatu? Poodah !. Macam dulu kalau nak masuk ke Taman Burung ada rate local dengan pelancung. Sekarang aku tak tahu sebab dah lama tak pergi tapi kali terakhir pergi dah takde rate untuk tempatan dah.
Jangan salahkan rakyat Malaysia berbelanja ke Indonesia, Vietnam atau China sebab Menteri syok sendiri ni susah sikit. Bukan reti nak dengar nasihat atau pendapat. Teringat bercuti selama 3H2M di A Famosa, Melaka. Duit hotel/apartment saja boleh bayar 3 malam di Indonesia. Apa ada kat A Famosa? Nak beli yang murah harapkan belacan ngan cencaluk bolehlah - kraftangan? hmmmm no komen. Nak melawat? Gah aje lebih...
No comments:
Post a Comment