Selagi PUTRAJAYA tak dipegang dek PR dan Mahkamah tak diletak dibawah Parlimen buat membazir ajer. Tapi ye lah pulak. Kalau tak saman ramai lak melalak kata "Ha... tengok! Betul lah Anwar tu dot dot dot... kalau tak kenapa dia tak saman aje?" tapi berapa banyak kes telah dibuang bila melibatkan saman oleh Anwar? Cuma satu kes jer yang patut kena buang sebab dah tak relevant masih diteruskan.
Anwar Nak Saman Dr M...
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana komentarnya di atas pendedahan kontroversi berkaitan kes liwat Anwar yang dilakukan oleh laman web WikiLeaks baru-baru ini.
Peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi mengesahkan yang Anwar akan membuat tuntutan saman itu ke atas Dr Mahathir termasuk beberapa individu lain serta media massa yang menyiarkan laporan tersebut.
“Buat masa ini pihak kami masih melihat kesasihan laporan yang disiarkan oleh akhbar The Sun-Herald yang diterbitkan di Australia kerana siasatan awal kami mendapati, cerita yang mereka siarkan tidak bersandarkan pada mana-mana pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks," ujarnya.
Sankara juga berkata, pihak mereka turut menghubungi Timbalan Pesuruhjaya Singapura dan akan menunggu respon daripada Suruhanjaya Tinggi itu.
No comments:
Post a Comment