Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 20, 2010

Roboh Penjara Pudu: Orang Ramai Kesal


KUMPULAN PENGAKAP KE-2 SUNGAI BESI (SEKOLAH ALAM SHAH) DI KEM JALAN HANG TUAH.

Udahlah kem ni pun dah takde, jadi laluan LRT..... PUDU JAIL yang terpisah dari kem oleh padang bola juga akan lupus.... KEM TEMBUSU di SAS asal pun dah lupus.... apa nak tinggal lagi?



AKHIRNYA CUKONG JUGAK YANG KETAWA BESAR - SEJARAH? NOSTALGIK? MONEY COME FIRST LA....

KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya memulihara Penjara Pudu yang kini berusia 100 tahun sebagai salah satu tarikan pelancong ke ibu kota dan negara ini.

Tinjauan mendapati, orang ramai kesal dan mahukan nilai estetika binaan seperti itu dikekalkan bukan dirobohkan kerana ia mampu menjadi daya tarikan pelawat domestik serta asing ke bandar raya ini. Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.

Katanya, walaupun bangunan tersebut pernah 'menyimpan' mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

"Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini," katanya di sini hari ini.

Tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan tepat pukul 10 malam esok.

Proses meratakan tanah di bahagian dalam dan bersebelahan bangunan telah selesai dan kerja meroboh tembok dijangka dimulakan pada masa tersebut.

Sementara itu, Chew Chong Huai, 52, berkata, tindakan merobohkan bangunan yang dibina di zaman penjajah British itu amat menyedihkan memandangkan ia mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

"Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong," katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, berkata tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandar raya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan.

"Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita," katanya.

Dalam pada itu, pelancong dari Filipina, Farancisco B. Lopez, 49, berkata Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.

"Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini merupakan salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800," katanya.

2 comments:

cindir-rela said...

tengah carik berita pasal pudu jail, roboh tu..

jumpe blog ni
:)

mahaza said...

terima kasih singgah di sini....

Cerita Dolu Dolu