Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 05, 2009

Cuba baca ini dan ini

Tak habis habis nak war war ke seluruh dunia walhal boleh bincang baik-baik. Apa ke jadah korang fikir ntah?

Tuesday, August 04, 2009

ISSUE RONNIE LIU ARAH MBSA PULANG BALIK ARAK

Saya membaca dengan penuh tertarik isu rampasan bir MBSA di kedai serbaneka Shah Alam Seksyen 8. Pelbagai komen juga telah dikeluarkan. Tapi tiada siapa pun yang jelaskan kenapa Ronnie menganggap MBSA salah.

Saya rasa Ronnie mungkin menyamakan HARD LIQUOR = MINUMAN KERAS. Dan kalau di kategorikan sebegitu, Bir memanglah bukan Hard Liquor. Saya rasa penerangan yang jelas boleh di berikan untuk menyelesaikan masalah ini. Apasal mau ribut-ribut? Janganlah PR pun sama naik ngan MSM yang mencari jalan menghentam PR. Kalau ikut hukum Islam memanglah bir pun haram, perundangan macamana?

MBSA takleh amik tindakan ke pada kilang Calsberg dan Guinness Stout yang membuat minuman tu?

ENTAH LAH..... AKU TAK TAU. Tapi kalau setakat nak hentam Ronnie aje pada aku memang tak kena.

INI PULAK aku rasa patut segerakan. Tapi kenapa nak guna statement MINUMAN KERAS. Kenapa tak terus gunakan perkataan ARAK atau kalau takut kureng canggih guna ajelah KHAMAR ke....

Monday, August 03, 2009

SURAU AL HUSNA


GAMBAR LAKARAN ARKITEK SURAU YANG BAKAL DI DIRIKAN

Surau Al Husna sudah mendapat kelulusan dari MBSA untuk di bangunkan bangunan kekal. Masih kekurangan dana. Kepada yang berminat boleh menderma seperti yang tertera di blog Surau Al Husna Seksyen 20, Shah Alam atau ke akaun BIMB (Bank Islam -Surau Al Husna - 12-038-01-009453-6)

Sayang Malaysia Negara Polis

DI AMBIL DARI BLOG ZAID IBRAHIM

Sayang Malaysia Negara Polis
Posted August 1, 2009 by myzaidibrahim
Categories: 1

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.

Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

SELANJUTNYA

Saturday, August 01, 2009

MERAH HITAM HARI INI


Himpunan ISA: Hampir 70 penyokong GMI ditahan
KUALA LUMPUR: Hampir 70 penyokong kumpulan GMI yang mahu mengadakan himpunan anti-ISA di sini petang ini ditangkap sejak pagi tadi.

TAK LEH NAK JOIN ADA MAJLISTAHLILTAPI TETAP BAJU HITAM MERAH HARI INI!!!!!

Cerita Dolu Dolu