Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 16, 2009

Wabak H1N1 makin membimbangkan dunia

Wabak H1N1 makin membimbangkan dunia

ROM - Penularan wabak Influenza A (H1N1) semakin membimbangkan dunia apabila virus tersebut dijangka meningkat kepada berjuta-juta kes tahun depan.

Banyak negara kini sudah mula berbincang mengenai vaksin penyakit itu manakala Amerika Selatan tampil membentuk kesepakatan dalam usaha membanteras wabak berkenaan.

Itali meramalkan kemungkinan menghadapi tiga hingga empat juta kes H1N1 menjelang 2010, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Ferrucio Fazio kelmarin.

Beliau berkata, pada penghujung tahun ini kira-kira 8.6 juta warga Itali akan diberikan vaksin untuk mengatasi virus H1N1 dengan keutamaan diberikan kepada individu yang bekerja dalam perkhidmatan kecemasan.

Kenyataan Fazio itu dibuat sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa semua negara memerlukan vaksin bagi mencegah jangkitan H1N1 kerana penularan virus itu sudah terlalu sukar untuk dihentikan.

Itali yang mempunyai 224 kes jangkitan H1N1 setakat ini masih belum mencatatkan sebarang kematian akibat virus berkenaan.

Croatia kelmarin melaporkan tiga kes virus itu manakala kes di Turki meningkat dua kali ganda dalam masa kurang dua minggu dengan jumlahnya mencecah 95 kes.

Di Amerika Selatan, menteri-menteri kesihatan dari enam negara rantau itu mengadakan pertemuan semalam bagi mencari tindakan bersepadu dalam misi menangani wabak itu.

Semalam aku pergi klinik sebab dah beberapa hari batuk dan demam termasuk anak bongsu aku. Sekolah anak bongsu aku ada kes H1N1 pulak tu tapi kes terpencil sebab family yang kena mas weekend dan pelajar tak pergi ke sekolah. Soalan pertama doktor : Ada gi outstation? Thailand ker.... Conclusion dia sebab kat bawah ni lah kot

Kualiti udara masih merosot

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di beberapa tempat di seluruh negara masih merosot dengan kebanyakan kawasan yang dipantau menunjukkan bacaan sederhana pagi ini.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya hari ini, bacaan sehingga 11 pagi ini menunjukkan sebanyak 34 kawasan (68 peratus) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan 15 kawasan lagi (30 peratus) mencatatkan bacaan sihat manakala satu kawasan (dua peratus) mencatatkan bacaan tidak sihat.

Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan tidak sihat pada 102. Antara kawasan yang mencatat IPU sederhana ialah Muar (67), Bakar Arang, Sungai Petani (69), Bukit Rambai, Melaka (62), Nilai, Negeri Sembilan (66), Kampung Air Putih, Taiping (87), Seberang Jaya 2, di Perai, Pulau Pinang (73), Pelabuhan Klang (70), Kuala Selangor (69) dan Cheras (61).

Kota Tinggi, Johor antara yang mencatatkan IPU sihat dengan bacaan 46, Seremban (49); Kangar, Perlis (45) dan Kemaman (40). - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu