Jumlah Kes di Malaysia: 1,266 termasuk 4 kematian.
574 (45%) merupakan kes import dan 692 (55%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,233 kes (97%) telah sembuh hanya 24 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan anti-viral di rumah.
Maklumat berkaitan 6 kluster baru influenza A(H1N1) adalah seperti di Lampiran 1. Sementara itu, 10 kes daripada 5 kluster sedia ada adalah seperti di Lampiran 2.
Sepuluh (10) kes tempatan lain yang dikategorikan sebagai sporadik terdiri daripada 3 kes yang dimasukkan ke hospital swasta, 2 kes dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur, 2 kes ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, 1 kes ke Hospital Sg Buloh. Manakala 1 kes lagi merupakan seorang guru yang kini mendapat rawatan pesakit luar. Satu (1) lagi kes sporadik merupakan kes kematian yang keempat di negara ini.
Sporadik - berlaku sekali sekala - kes terpencil? Apakah ini bermakna virus ini telah tersebar di Malaysia dan bukan sahaja kes jangkitan luar. Waduh.... pening kepala di buat eh.
Wanita warga emas maut, kereta terbabas tepi longkang
9 minutes ago
No comments:
Post a Comment