Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 06, 2008

SURAT TERBUKA

YB Dr Rodziah Ismail,
EXCO Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi,
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Puan,

PER : BERITA SINAR HARIAN BERTARIKH 5 MEI 2008.

Saya terpanggil untuk menyatakan pendirian setelah membaca berita di Sinar Harian bertarikh 5 Mei 2008 berkaitan cadangan untuk melaksanakan manifesto pilihanraya berkaitan cuti bersalin di tambah dari 60 hari ke 90 hari dan cuti kepada suami sehingga 10 hari.
Walaupun cadangan tersebut adalah baik tetapi kita harus meneliti lebih luas lagi permasalahan yang akan di hadapi oleh pekerja mahupun majikan dalam melaksanakan manifesto ini.
1) Pekerja wanita cuti bersalin selama 90 hari merupakan tempoh yang amat panjang sedangkan tempoh berpantang biasa adalah selama 44 hari walaupun ada yang sehingga 60 hari. Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, syarikat-syarikat mengambil langkah pengurangan pekerja. Dengan pekerja yang jika meninggalkan tempat kerjanya sehingga 90 hari tanpa sebarang impak kepada kerja tersebut, bermakna pekerja tersebut tidaklah diperlukan. Ianya bukanlah satu pilihan yang baik untuk pekerja dan juga syarikat.
2) Dari kaji selidik yang saya lakukan, ramai tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Contohnya jika terdapat dua orang pekerja yang bersaing di satu tempat dan seorang darinya bercuti sehingga 90 hari, maka impak kepada kualiti dan kemahiran pekerja yang bercuti tersebut akan berkurangan. Ramai pekerja wanita juga sudah merasa kebosanan (bagi wanita berkarier) duduk di rumah selama 60 hari apatah lagi sehingga 90 hari.
3) Kebanyakan syarikat menyediakan cuti ehsan (cuti kelahiran) untuk kaum bapa selama 3 ~ 5 hari dimana ianya mencukupi bagi kaum bapa untuk menguruskan hal-hal pendaftaran dan hospital.
4) Wanita tempatnya bukanlah di luar (bekerja) tetapi dalam situasi ekonomi sesebuah keluarga tidak memungkinkan seorang isteri hanya tinggal di rumah tetapi perlu bekerja, cuti bersalin selama 60 hari adalah pengorbanan yang harus diterima oleh sesebuah keluarga.
5) Tindakan ini juga akan menyebabkan syarikat mengurangkan atau mengelak dari mengambil pekerja wanita yang merupakan tenagakerja penting dalam pelbagai sektor. Kenaikan tanggagaji serta kenaikan pangkat juga akan menyukarkan wanita berkeluarga serta mengukuhkan alasan syarikat untuk mengambil pekerja asing.
Saya berharap kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan dan syarikat-syarikat untuk mendapatkan maklumbalas sebelum melaksanakan rancangan tersebut.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
mahaza
Nota kaki : Mana aci. . . . saya dah takde plan nak anak dah, jadi dah tentu tak dapat cuti 10 hari. Boleh ke begitu?

No comments:

Cerita Dolu Dolu