Seluruh Asia Tenggara. Di semenanjung Malaysia dan Singapura kerap di dapati di kawasan perkampungan dan kawasan lapang yang terbuka.
Spesies ini mempunyai taburan yang luas, dengan anggaran seluas 1,000,000–10,000,000 km2 diseluruh dunia. Populasi sedunia tidak dijumlahkan, tetapi dipercayai banyak kerana spesies ini dinyatakan sebagai biasa dikawasan paling sedikit bilangannya (Cheke et al. 2001). Trend populasi sedunia tidak dijumlahkan, tetapi spesies ini tidak dianggap mencapai tahap bendul (thresholds) bagi kriteria kejatuhan populasi Senarai Merah IUCN (contoh., merosot lebih dari 30% dalam sepuluh tahun atau tiga generasi).
Tentu anda hairan kenapa tetiba cerita burung kelicap ini menjadi tajuk. Sebenarnya semenjak dari 2 minggu yang sudah, spesis burung ini telah mula membina sarangnya di wayar lampu kelip-kelip di rumah. Tanpa menghiraukan kami yang sedang lepak di pangkin di rumah burung ini sibuk pergi dan kembali membawa keperluan membuat sarangnya. Menarik apabila ianya di biarkan terjuntai kebawah sehingga mencecah kepanjangan 5 kaki.
Kami agak musykil apa perlunya burung ini menjadikan sarang tersebut panjang sebegitu sedangkan badannya cuma bersaiz lebihkurang 14 cm sahaja.
Semalam 17 Feb 2008, kemusykilan terjawab sudah. Dengan bantuan pasangannya, burung ini menarik bahagian bawah sarang itu keatas dan kini terjadlah bentuk sarang bulat. Video di ambil sambil berbaring di bawah sarang tersebut. Mungkin hujung bulan ini kami akan ada anak angkat selepas kura-kura terpaksa di lepaskan sebab dah terlalu besar dan tempat yang kurang sesuai.
No comments:
Post a Comment