Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 09, 2006

Ramadan 2006

Bagaimana Ramadan tahun ini di kacamata saya.
1) Harga barangan ada peningkatan walaupun harga ayam masih murah berbanding harga ikan
2) Harga kuih di bazar Ramadan juga ada perubahan. Dulu 3 Seringgit, sekarang 5 dua ringgit. Ada jugak yang maintain. Tapi semalam pergi hantar Harith balik asrama, singgah bazar Ramadan di Sabak Bernam - kuih 4 seringgit. . . . murah giler
3) Ramadan Buffet - Tahun ni rata-rata di KL berharga purata RM60. Kalau murahpun dalam RM45 - itu 3 Star aje tu. Kalau sampai RM80 ~ RM100 sedap sangat ke? Boleh masuk ke. Tu yang dok imagine satu family kalau nak pergi sampai RM200 ~ RM300. Isk, baik ler takyah walhal bukan makan sangat pun. Imagine hari biasa kalau makan Japanese Food satu family pun habis takat RM100 aje.
Teringat kata-kata adik saya. Baik duit tu buat masak, hantar kat surau untuk orang berbuka atau untuk moreh. Dapat gak pahala . . . . hmmm.... memang dah lama tak berbuka di luar kecuali minggu lepas.... berbuka di pangkin (Si Aiman dah konfiden makan kat hotel agaknya...) Nasi Kerabu tempah dari rakan sekerja orang umah. Baru dalam RM 50.00 kot?
4) Tahun ni maid balik kampung (indo)..... ingat nak pi berjalan ke Langkawi ke Penang aje kot? Takde Open House..... he he he.....
5) Tak boleh nak imagine selepas cuti raya nanti kena hantar Harith balik asrama..... adeh laaa.... selama hidup ni tak pernah rasa traffic jam musim perayaan, kali ni sure kena la....
Notakaki :
Ada orang tanya aku kenapa AF4 suam kuku? Tak macam Mawi? Apakah sebab Fenomena Mawi (yang masih utuh) atau sebab charactor AF4 kurang umpphh?
Jawapan aku: Salahkan Ina Naim (yang mencuri lampu limau(?) serta jadi cover pada majalah serta surat khabar....... errr...... boleh ke salahkan orang camtu? wakakakaka

No comments:

Cerita Dolu Dolu