Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 26, 2005

Kes Murtad - 2

Lanjutan dari artikel sebelum ini. Suka saya merujuk kepada perkara berikut untuk renungan bersama.

UCAPAN BELANJAWAN 2000"BELANJAWAN RAKYAT"
Oleh
YB DAIM ZAINUDDIN
MENTERI KEWANGAN MALAYSIA
KETIKA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG
PERBEKALAN (2000) DI DEWAN RAKYAT
PADA 29 OKTOBER 1999
Pembangunan Hal Ehwal Islam
Tuan Yang DiPertua,
Kerajaan mengambil berat terhadap usaha memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan umat Islam negara ini. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak 169.2 juta ringgit di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disediakan bagi melaksanakan program pembangunan secara lebih bersepadu, termasuk program pembangunan institusi keluarga dan khidmat sosial. JAKIM juga akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha memajukan ekonomi masyarakat Islam. Untuk ini, JAKIM akan membantu Majlis dan Jabatan Agama Negeri dalam pembangunan tanah wakaf dan Baitulmal serta mempertingkatkan pengurusan dan kutipan zakat. Di samping itu, program pemulihan dan pemurnian akidah akan terus diberi keutamaan. Program Kelas Al Quran dan Fardhu Ain akan dipergiatkan untuk meliputi seluruh murid di peringkat sekolah rendah. Sebanyak 67.7 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pendidikan untuk Program Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral. Sejumlah 78.4 juta ringgit pula disediakan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membina Kompleks Darul Quran, membina dan mengubahsuai masjid dan sekolah agama.

Bila ianya disyorkan apa kata mereka?
Utusan Malaysia (UM), bertajuk ‘Jangan hidupkan semula sistem penindasan agama’ oleh Hang Jebat (UM 21/9/00),
Jangan kawal aqidah dengan undang-undang’ oleh Sisters In Islam –SIS (UM 30/9/00), komentar Awang Sulung pada 24 dan 30/9/00, ‘Debat Pemulihan Akidah’ (ruang Wawancara, Mingguan Malaysia 1/10/00) dan
‘Atasi murtad dengan dakwah’ oleh Kassim Ahmad (UM 3/10/00).
Kalau lihat pulak kes Mahkamah Rayuan berkaitan dengan permohonan murtad oleh Kamariah Binti Ali, Mohamed Bin Ya, Daud Bin Mamat, Mad Yaacob Bin Ismail dimana :
Mahkamah ini bersetuju dengan ungkapan-ungkapan penghakiman yang telah dibentangkan di atas. Membuat akuan berkanun dan mengisytiharkan mereka bukan lagi menganut agama Islam tidak dengan sendirinya melepaskan perayu-perayu daripada pertuduhan yang ada di Mahkamah Syariah. Dengan mengambil pendekatan maksud, Mahkamah berpendapat bahawa masa yang material untuk menentukan sama ada perayu-perayu adalah orang yang menganut agama Islam ialah masa ketika mana perayu-perayu melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Oleh itu walau pun perayu-perayu telah mengisytiharkan mereka murtad pada tahun 1998, mereka selayaknya dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah pada tahun 2000 kerana ia berkaitan suatu kesalahan yang telah dilakukan ketika perayu-perayu masih beragama Islam. Jika pendekatan maksud tidak diambil, orang-orang Islam yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Syariah boleh sewenang-wenangnya menimbulkan pembelaan yang mereka bukan lagi seorang yang menganut agama Islam dan dengan demikian tidak tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Keadaan sebegini akan menjejaskan pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia dan mungkin juga undang-undang agama lain.Dari taakulan dan pendekatan yang telah kami ambil di atas, nyatalah bahawa soal atau isu perayu-perayu berhak keluar dari agama Islam adalah tidak relevan. Mahkamah ini bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa tugas mahkamah adalah untuk memutuskan kes di hadapannya berasaskan fakta yang dikemukakan
Saya bukan pakar dalam undang-undang jadi mungkin salah untuk mengulas tetapi rata-rata amat sedih apabila ianya menjadi perdebatan hangat kerana tidak memuaskan hati segelintir walhal ianya (masalah murtad) adalah masalah yang serius. Masalah murtad lebih kepada masalah pemahaman Islam itu sendiri. Lebih sedih lagi bila pertubuhan yang bergelar Islam, seperti Sister in Islam cuba mengambil pendekatan sendiri dan mengutamakan hukum dunia dari hukum Islam itu sendiri. Tapi, apa nak di hairankan sedangkan Amina Wadud yang merupakan antara pengasas SIS telah mengasaskan hukum menurut pemahaman sendiri dengan menjadikan dirinya imam kepada lelaki waktu Solat Jumaat walhal Rasullulah bersabda " Jangan wanita menjadi imam kepada lelaki", petanda dunia nak qiamat.
Dari Saidina Ali R.A. "Rasulullah SAW bersabda, Di akhir zaman akan timbul manusia yang memperkatakan perkara yang baik-baik sekadar di mulut tetapi keimanannya bukan dari hatinya (tidak percaya) dan mereka meninggalkan agama seperti terlepasnya anak panah dari busarnya (amat pantas). Jika kamu bertemu mereka ini, bunuhlah mereka, sesiapa yang membunuh mereka ini akan mendapat ganjaran di Hari Penentuan" Riwayat Bukhari
Semoga dilindungi keluargaku, keturunanku dan sahabat-sahabatku dari musuh yang nyata dan berselindung.

No comments:

Cerita Dolu Dolu