Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 15, 2010

PERLUKAH KENYATAAN INI? PATUT KARPAL SUH kensel

Kalau pakai KONDOM takde air mani kat dalam, kalau tak pakai ada air mani kat dalam..... takyah cerita pun boleh tahu..... apa kes? Ini bukan saja hina mahkamah TAPI hina mentaliti semua orang termasuk hakim la... patutlah Karpal suruh keluarkan kenyataan saksi ni....

Saiful dakwa diliwat tanpa kondom

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Seorang pakar patologi forensik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan dia telah diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi dan dikenali ramai dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan dengan kali terakhir pada 26 Jun 2008.
Dr. Siew Sheue Feng, 40, dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga memberitahu, dalam kejadian liwat itu, tiada kondom digunakan tetapi ada bahan pelincir digunakan.
''Saya tanya sama ada berlaku sebarang penetrasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada berlaku ejakulasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada sebarang paksaan digunakan dan dia jawab tiada,'' katanya.
Beliau berkata demikian selaku saksi pendakwa ketiga ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Perbicaraan masuk hari ke-23 hari ini.
Sheue Feng turut memaklumkan jumlah kejadian liwat berlaku dalam tempoh dua bulan itu seperti yang diberitahu oleh pengadu kepadanya tetapi keterangan tersebut telah dikeluarkan daripada nota prosiding selepas dibantah oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh.
Saksi itu berkata, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu perkara tersebut sewaktu pemeriksaan dijalankan ke atasnya di bilik Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), HKL pada 9.30 malam, 28 Jun 2008.
Menurutnya, pemeriksaan tersebut dilakukan olehnya bersama-sama Pakar Bedah Am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan Pakar Unit Kecemasan HKL ketika itu, Dr. Khairul Nizam Hassan.
Kata beliau, sebelum pemeriksaan dimulakan, mereka bertiga telah berbincang tentang pembahagian tugas masing-masing selepas diberi taklimat ringkas oleh seorang pegawai polis yang bertugas.
Menurutnya, Khairul Nizam ditugaskan untuk memeriksa kecederaan di badan pengadu manakala Mohd. Razali mengendalikan pemeriksaan di bahagian dubur dan beliau pula berperanan mengendalikan pemeriksaan forensik.
Kata saksi tersebut, sebelum pemeriksaan dijalankan, mereka telah mendapatkan kebenaran daripada Mohd. Saiful Bukhari untuk membuat pemeriksaan dan mengambil gambar badan serta bahagian sulitnya selain mengumpulkan spesimen daripada badan dan bahagian tersebut.
Sheue Feng memberitahu, Khairul Nizam dengan menggunakan calitan kapas kemudian mengambil spesimen di beberapa bahagian badan pengadu termasuk di bawah lidah dan puting manakala Mohd. Razali mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Menurut beliau, kesemua sampel yang diterimanya kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik yang telah dinyah kuman sebelum dilabel dan dimeterai selain ditandatangani olehnya dan Mohd. Saiful Bukhari.
Menurutnya lagi, spesimen-spesimen tersebut kemudian diserahkan kepada pegawai polis, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira pada pukul 12.25 tengah malam, 29 Jun 2008 untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Berdasarkan laporan perubatan yang dibuat secara bersama oleh ketiga-tiga doktor itu, beliau berkata, mereka membuat kesimpulan bahawa siasatan awal menunjukkan tiada berlakunya penetrasi di dubur dan tiada kesan-kesan kecederaan di badan pengadu.
Mereka juga merumuskan bahawa terdapat kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki pada empat calitan kapas terhadap spesimen yang diambil daripada pengadu.
Bagaimanapun, jelas Sheue Feng, kesimpulan awal itu dibuat kerana mereka tidak boleh membuat interpretasi tanpa mengetahui kedudukan spesimen-spesimen yang diambil seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia.
Selepas ditunjukkan oleh Nordin laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani di sekitar dubur, saksi itu memutuskan bahawa berlakunya penetrasi seksual.
NORDIN: Dengan mengetahui kedudukan sampel dan kewujudan air mani daripada bahagian rektum atas, apa kesimpulan kamu?
SHEUE FENG: Terdapat bukti penetrasi, seksual penetrasi.
NORDIN: Boleh kamu membuat kesimpulan terdapat penetrasi pada dubur?
SHEUE FENG: Ya.
NORDIN: Dengan mengenal pasti kehadiran air mani dan sejarah kejadian, adakah ia konsisten dengan penetrasi dubur?
SHEUE FENG: Ya.
Sambil meminta saksi merujuk kepada laporan perubatan yang menyatakan tiada penetrasi berlaku disebabkan ketiadaan kecederaan klinikal, Nordin kemudian bertanya sama ada ini bermakna tidak ada langsung berlaku penetrasi.
''Tidak,'' jawab saksi berkenaan.
NORDIN: Bolehkan penetrasi berlaku tanpa menyebabkan sebarang kecederaan?
SHEUE FENG: Ya.
NORDIN: Dalam keadaan bagaimana ia boleh berlaku?
SHEUE FENG: Ia termasuk melengah-lengahkan pemeriksaan doktor, penggunaan bahan pelincir, semasa perbuatan itu tiada paksaan, tentangan; ini semua boleh menyebabkan kepada tiada penemuan klinikal berhubung kecederaan.

TAHNIAH MALAYSIA Pencapaian Terbaek. (AKAUN 98 APA CER?)

SEMANGAT dan kejayaan kontinjen negara mengutip 12 pingat emas, sekaligus melepasi sasaran awal 10 emas, daripada Sukan Komanwel di New Delhi, perlu diteruskan ke Sukan Asia di Guangzhou bulan depan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Berpuas hati dengan pencapaian itu, beliau berkata kejayaan membuat kutipan tertinggi dalam sejarah pembabitan negara di kejohanan sukan itu dalam pelbagai acara menunjukkan Malaysia kini tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis sukan sahaja.


“Sebelum ini, Malaysia mengharapkan pungutan emas daripada acara badminton, boling padang dan angkat berat tetapi di New Delhi, Malaysia dapat mengutip emas dalam acara berbasikal, gimrama dan skuasy,” katanya.



Kontinjen negara di New Delhi mengutip 12 pingat emas sejak temasya empat tahun sekali ini bermula pada 3 Oktober dan kutipan emas terbaik sejak Malaysia mula menyertai Sukan Komanwel Cardiff, England pada 1958.



Keseluruhanya, kontinjen negara mengutip 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa ketika tirai Sukan Komanwel mula dilabuhkan semalam.



Emas terakhir Malaysia disumbangkan oleh pasangan beregu nombor satu dunia, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong.



Kutipan emas terbanyak Malaysia sebelum ini adalah pada edisi di Kuala Lumpur pada 1998 dengan 10 emas sementara bagi edisi di luar negara, kutipan terbaik ialah di Manchester 2002 dengan tujuh emas dan di Melbourne 2004, dengan jumlah emas yang sama.



Ahmad Shabery bagaimanapun agak terkilan dengan beberapa sukan seperti memanah dan boling padang yang gagal mengutip emas di New Delhi.



Ditanya adakah atlet negara mampu untuk meneruskan pencapaian cemerlang di Sukan Asia Gungzhou yang akan berlangsung dari 12 hingga 27 November ini, beliau berkata kontinjen negara mampu untuk mencapai sasaran sembilan emas.



“Ada sukan seperti badminton, yang menjadikan Sukan Komanwel sebagai medan pemanas badan sebelum ke Guangzhou memandangkan saingan bagi acara itu pada Sukan Asia lebih getir dengan kehadiran China, Indonesia dan Korea Selatan,” katanya.

ADA KE LETAK GAMBAR DPP CAMTU... nasib baik bukan. . . .

Pathmanabhan didakwa bunuh Sosilawati 
BANTING – Kawasan mahkamah dipenuhi orang ramai apabila peguam, N Pathmanabhan, dan tiga lagi didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, dekat sini, semalam, atas tuduhan membunuh jutawan, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. 

Selain peguam berumur 41 tahun itu, turut didakwa ialah T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Kathavarayan, 30. 

Puluhan penduduk dan lebih 20 wakil media berkumpul di luar mahkamah ketika keempat-empat yang dituduh tiba di mahkamah dengan van polis pada jam 8.20 pagi dengan dikawal rapi polis dan dibawa masuk untuk mendengar pertuduhan pada jam 9 pagi. 

Mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lalu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, di sini dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Pertuduhan terhadap Pathmanabhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia, manakala tiga yang lain dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Hurman Hussain. 

Tiada pengakuan direkodkan, tetapi kesemua tertuduh mengangguk sebagai tanda faham pertuduhan terhadap mereka. 

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff (gambar) yang mengetuai barisan pendakwaan memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitan. 

Ishak mengendalikan pendakwaan kes bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainudin dan Idham Abd Ghani.

RUNTUH? MAINTENANCE CUAI NI..... KE MEMANG CAP AYAM?

Kepala bayi ditimpa siling hospital


KEADAAN kepala Putri Nursofea Humaira yang bengkak didakwa akibat ditimpa serpihan siling Hospital Batu Gajah pada 25 September lalu.


IPOH – Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sulung bertukar pilu selepas bayi perempuan yang dilahirkan sihat pada 25 September lalu, didakwa ‘menderita’ akibat kecuaian dua buah hospital.
Bapa bayi terbabit, Sahmani Dolmat, 29, mendakwa sehari selepas isterinya, Nur Aisyah Ahmad Syukri, 21, melahirkan Putri Nursofea Humaira, kepala bayi itu ditimpa serpihan kecil siling di wad bersalin Hospital Batu Gajah yang tiba-tiba jatuh.
“Kejadian itu saya maklumkan kepada ketua jururawat namun tanpa pemeriksaan teliti dia memberitahu anak saya tidak mengalami apa-apa masalah,” katanya di sini semalam.
Sahmani mendakwa, sehingga isteri dan anaknya keluar dari hospital itu tiada rawatan diberikan kepada bayi tersebut.
Menurutnya, kepala bayi itu semakin membengkak selepas majlis mencukur jambul baru-baru ini dan dia telah membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan susulan.

Thursday, October 14, 2010

ISA DINASIHAT JANGAN PERGI

Kecuali nak cari satu lagi - puteri tu BEB, banyak pilihan pulak tu....


Kejadian misteri di Arus Deras Sedim 


SEDIM - Kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sedim yang mengakibatkan enam maut sepanjang 2005 dikatakan berpuaka oleh sesetengah penduduk berhampiran kerana ada dalam kalangan mereka ternampak lembaga dan bunyi misteri hampir setiap malam. 

Kelmarin, mayat seorang lelaki berusia 27, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui di celah batu kira-kira jam 6.40 petang setelah hampir empat hari operasi mencari mayatnya gagal. 

Penduduk Kampung Ulu Riau, Kamarudin Hussein berkata, sebelum mangsa hanyut, temannya yang turut memancing di sekitar kawasan di mana mayat mangsa ditemui terdengar bunyi misteri. 

“Sebelum mangsa, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui mati lemas, rakan saya ada memancing di sekitar kawasan lubuk itu dan dia terdengar bunyi batu seakan berlaga dengan kuat. Berikutan itu kawan saya meninggalkan lubuk berkenaan. 

" Selain itu, saya juga pernah berjumpa dengan wanita sedang mandi di kawasan lubuk di sekitar kawasan ini. Selalunya kejadian misteri berlaku di sekitar jam 5.30 petang sehingga lewat malam,” katanya. 

Sementara itu, Aziz Ibrahim dari Kampung Sungai Buluh berkata, dia pernah terjumpa dengan beberapa pasangan yang sedang mandi di sekitar kawasan lubuk. Tiba-tiba salah seorang daripada pasangan itu mula menunjukkan reaksi aneh dan penduduk kampung terpaksa memanggil bomoh untuk memulihkan pasangan terbabit. 

Selain itu, peristiwa di mana seorang pelajar yang sudah mandi dan kemudiannya naik ke tebing, secara tiba-tiba terjun semula ke dalam air seakan-akan dipanggil oleh seseorang. Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan apabila tangannya ditarik penduduk kampung. 

“Banyak perkara misteri yang berlaku di sekitar Sedim. Saya pernah memancing di Lubuk Kawah kira-kira jam 11 malam dan ternampak seperti kain putih hanyut dan tiba-tiba lampu yang kami bawa padam. Selain itu, ada juga pelajar yang datang dari luar memancing di lubuk itu dan ternampak rambut panjang timbul dari air. 

"Saya tidak menafikan, memang berlaku kejadian misteri di sini, dan kebanyakan mereka yang terkena terdiri dari orang luar dari kawasan ini,” katanya. 

Penguat kuasa Agama Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Zainol Chin berkata, beliau pernah memulihkan semangat remaja perempuan yang dirasuk berhampiran kawasan lubuk Siku. 

Menurutnya, remaja itu seakan berbual dengan seseorang tetapi tidak dapat dilihat. Beliau yang curiga dengan perlakuan remaja itu mendekatinya dan bertanya dengan siapa dia sedang bercakap dan bersalam. Setelah dimandikan di tepi lubuk itu, tiba-tiba mangsa melambai tangan ke arah seberang sungai lalu pengsan. 

“Ketika itu saya bersama beberapa petugas lain ditugaskan untuk menjaga beberapa kumpulan remaja yang datang untuk berkhemah di sekitar kawasan arus deras. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berjalan dengan cepat ke arah air. Apabila saya tanya dia bercakap dengan siapa, mangsa berkata, ada sekumpulan puteri menantinya di seberang sungai dan sebelum itu dia sudah dijamu dengan buah-buahan di ladang yang luas,” katanya.

Cerita Dolu Dolu