Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 13, 2010

Pengguna terus menjadi mangsa

No comment. Baru semalam pergi pasar Seksyen 6 beli barang basah, ikan, ayam dan daging. Rasanya harga ayam dah beberapa minggu sama aje tak naik lah pulak? Hmmm..... tak tahu nak kata camne...... yang tau, salmon takde. Mungkin musim panas kot jadi susah nak dapat. Kena  tunggu bulan 10 baru ada stok baru yang lebih fresh agaknya. Macam Sanma jugak, kena tunggu September.




Yusoff (kiri) melakukan tinjauan di salah sebuah gerai menjual ayam di Pasar Besar Alor Setar semalam.




ALOR SETAR - Tiga persatuan pengguna bukan sahaja bercanggah pendapat mengenai punca kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM7.50 sekilogram ketika ini malah memberikan cadangan berbeza bagi mengatasi masalah tersebut.
Bagi Persatuan Pengguna Kedah (Cake), kerajaan perlu memberi insentif makanan ayam kepada penternak bagi mengelak harga ayam di pasaran melonjak pada bulan Ramadan.
Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat di Pasar Besar Alor Setar di sini, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam apabila pemborong dan penternak menaikkan harga bekalan dari RM4.30 sekilogram kepada RM5 sekilogram.
Beliau difahamkan, kenaikan harga ayam itu berpunca daripada harga makanan ayam yang mahal dan harga anak ayam yang juga tinggi sekaligus membebankan penternak.
"Sebab itulah saya cadangkan agar kerajaan dapat memberi insentif kepada penternak ayam," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pasar Besar di sini semalam.
Kosmo! semalam mendedahkan kenaikan harga ayam pada minggu pertama Ramadan berlaku lagi dengan pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap sekilogram ayam.

2 comments:

Anonymous said...

Good fill someone in on and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.

mahaza said...

glad to assist in anyway. This blog is not copyrighted unless copyrighted by source.
Free to use the content s for anybody in need.

Cerita Dolu Dolu