Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 14, 2010

Obama sokong projek masjid dekat WTC


August 14, 2010
WASHINGTON, 14 Ogos — Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyokong cadangan membina sebuah masjid dan pusat kebudayaan Islam berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang menjadi sasaran serangan pengganas 11 September 2001.

Cadangan itu sebelum ini dibantah oleh ramai warga New York dan konservatif Amerika Syarikat.
“Sebagai seorang warganegara, dan seorang presiden, saya percaya bahawa masyarakat Islam mempunyai hak yang sama untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana orang lain di negara ini,” kata Obama (gambar) dalam kenyataan yang akan dikeluarkan pada majlis bakal dihadiri diplomat daripada negara-negara Islam dan anggota komuniti Islam Amerika.
Pada 3 Ogos lalu, Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut.
Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, beberapa blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.
Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat.
Ahli-ahli politik New York dan kebangsaan serta Anti-Defamation League mementang usaha membina pusat kebudayaan di lokasi berkenaan dengan mendakwa ia sebagai tindakan tidak menghormati mereka terbunuh dalam serangan yang digerakkan oleh kumpulan radikal Islam.
Projek itu turut disokong beberapa pihak lain, termasuklah Datuk Bandar New York Michael Bloomberg yang berpendapat pusat itu akan menyediakan dialog budaya silang dan keperluan melindungi kebebasan beragama.
Bloomberg juga mempengerusikan yayasan pembinaan memorial 11 September.

No comments:

Cerita Dolu Dolu