Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 10, 2010

Tetap berniaga walaupun dihalang

Awat dorang ni nak marah PDC? Kenapa tak marah KMA yang dah songlap duit muka (?) Statement ni lagilah best: Katanya, sikap berdiam diri PDC serta Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik menyebabkan para peniaga keliru.
Itulah bila percaya sangat kat UTUSAN MELOYA sampai statement oleh PDC seperti disini tak tahu dah dikeluarkan. Pi lah serbu KMA dulu.... 

Tetap berniaga walaupun dihalang



SEBAHAGIAN daripada peniaga berhimpun secara aman di Bazar Ramadan Komtar di George Town semalam.




GEORGE TOWN – Walaupun bakal berdepan risiko dihalang penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), peniaga bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tetap akan berniaga di situ esok.
Alasan mereka ialah modal telah dikeluarkan dan sewa tapak juga telah dijelaskan kepada Dewan Perniagaan Komtar (KMA) selaku penganjur. Malah sehingga semalam tiada penjelasan bertulis menghalang mereka berniaga di situ.
Tanpa mengendahkan pegawai keselamatan, para peniaga membawa masuk barangan jualan ke gerai masing-masing tanpa mengendahkan arahan larangan berniaga yang dikeluarkan pihak pengurusan kompleks itu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Jumaat lalu.
“Sewa gerai sebanyak RM1,800 telah dijelaskan kepada KMA untuk tempoh sebulan selepas permohonan diluluskan,” ujar peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48.
Katanya, sikap berdiam diri PDC serta Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik menyebabkan para peniaga keliru.
“Kalau tidak dibenarkan berniaga, adakah kerajaan negeri akan tanggung semua kerugian kami?” soalnya.
Dalam pada itu, kira-kira 200 orang terdiri daripada peniaga berhimpun secara aman hampir sejam di pekarangan ruang niaga di situ.

No comments:

Cerita Dolu Dolu