Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 08, 2010

EASY MONEY - Senangnya buat keputusan.

Antara punca ramai minta ia diroboh tapi tak cerita dalam berita ini adalah ianya senget - the leaning arch of Penang.
Pintu Gerbang Kebun Bunga Pulau Pinang Diroboh Minggu Depan
GEORGETOWN: Kerja meroboh pintu gerbang Kebun Bunga Pulau Pinang yang baru sahaja dibina akan dilakukan minggu depan, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Beliau berkata kerja meroboh pintu gerbang yang bernilai RM150,000 itu dibuat atas permintaan orang ramai dan bantahan badan bukan kerajaan yang mendakwa gerbang berkenaan tidak mesra alam.
"Kementerian akan membiayai dahulu kos meroboh kira-kira RM70,000 sebelum membuat tuntutan kepada pihak kontraktor yang membina gerbang tersebut," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Pintu gerbang berkenaan merupakan sebahagian daripada projek bernilai RM7 juta untuk mencantikkan kebun bunga itu.
Ng berkata berdasarkan kaji selidik yang telah dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia pada Jun lalu, 71 peratus daripada 1,225 responden mahu gerbang tersebut dirobohkan.
Beliau berkata tempat pintu gerbang itu akan ditanam dengan bunga-bungaan. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu