Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 11, 2010

Tiket BAS ke IPOH dari KL laku ke tak?

Tiket balik raya masih banyak
KUALA LUMPUR - Tiket untuk orang ramai balik ke kampung pada Aidilfitri ini dengan menggunakan pengangkutan awam masih banyak dijual.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB) Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata orang ramai tidak perlu khuatir kehabisan tiket kerana KTB akan menjual kira-kira 40,000 tiket sehari untuk musim perayaan ini.

"Daripada 24,000 tiket yang dijual setiap hari, kami akan menambah 16,000 tiket setiap hari seminggu sebelum hari raya untuk semua destinasi.

"Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pada waktu puncak dan tiket-tiket boleh didapati di semua kaunter Transnasional, Plusliner dan Nice serta rangkaian stesen Petronas terpilih," katanya.

Tiket juga boleh dibeli secara online melalui laman web www.ticket4u.com.my.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata tiket untuk perjalanan ke utara, selatan dan tengah masih lagi dijual.

Bagaimanapun katanya, tiket perjalanan mulai 1 hingga 16 Sept bagi sektor pantai timur telah habis dijual begitu juga ke Padang Besar, tiket untuk perjalanan dari 2 hingga 9 Sept turut habis dijual.

Sebanyak 74,260 keping tiket bagi perjalanan dari 1 Sept hingga 18 Sept untuk semua sektor telah dijual bermula 28 Julai lepas, katanya kepada Bernama.

"KTMB sedang mempertimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan tren tambahan bagi destinasi yang tiketnya telah habis dijual, berdasarkan kemampuan tren sedia ada dan permintaan pengguna," kata Mohd Fazil.

Bagi pengguna yang menaiki sistem keretapi elektronik (ETS) bagi laluan KL-Ipoh pula, mereka bakal menikmati harga tiket promosi RM30 sehala.

No comments:

Cerita Dolu Dolu