Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 28, 2010

SEMUA BERLUMBA-LUMBA, SAPA PALING 'RUGI'

'Rugi' dalam erti kata paling sikit. Ada tak agak-agaknya dalam bersyukur tu, ada jugak pekerja kerajaan di Penang dok pikir, "Apasal lah Lim Guan Eng pi umum awai sangat, dapat RM400 ja, Negeri lain semua berlumba bagi RM500. Cheh...."

YAN, 28 Ogos: Kerajaan Negeri Kedah turut menghargai kakitangan awam negeri dengan membelanjakan sebanyak RM3 juta sebagai bayaran khas menjelang Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran sebanyak RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54.
Menurut beliau lagi, semua kakitangan akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.
"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.
Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.
Azizan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada guru Al-Quran dan bidan kampung di Kampung Teroi, Yan.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.
Ia kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Pusat yang mengumumkan pemberian sebanyak RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang tersebut menjelang Aidilfitri yang akan datang.

DUIT PUNYA FASAL - MANUSIA PUN JADI BINATANG

Baby tiger cub found in suitcase at Thai airport
Thai airport authorities have arrested a local woman on suspicion of trying to smuggle a baby tiger cub in a suitcase to Iran.

Last Sunday, officials at Bangkok's international airport declared the suitcase of the 31-year-old woman to be overweight and subjected it to an X-ray examination which showed the tiger cub inside.

The cub, estimated to be about 3 months old, had been drugged with a large amount of sedative. It was taken to a wildlife conservation center in the capital.

On Friday, 5 days after the discovery, the cub was still unsteady on its feet, spending most of the time sleeping or otherwise feeding on milk.

An airport official said it was a shock to see an animal treated like that. The official also said that had the animal gone through hours of air travel, its chances of survival would have been slim.

Illegal trade in wild animals is described as rampant on black markets in Iran, where it is popular to have exotic pets.

Thai conservationists are calling for tougher punishment for poachers and smugglers.

DO OUR GOVERNMENT TAKE THIS OPPORTUNITY?


Or we still have to consider A LOT OF THINGS and in the end loose to Indonesia and Thailand again. I do really hope MIDA and MITI take the strong yen to our advantages to increase FDI. We have everything yet we gain nothing.
Strong yen may force more firms to move overseas
A government survey has found that the strong yen could trigger a further shift of Japanese manufacturing to overseas locations.

The economy ministry surveyed about 200 manufacturing firms nationwide, following the yen's recent climb to a 15-year high.

About 65 percent of major manufacturers said their earnings would decline because of the yen's current value. Forty percent replied that they would shift their factories and research centers overseas, if the yen's strength continues.

Seventy percent of small businesses predicted lower earnings due to competition from cheaper products made by foreign rivals.

Friday, August 27, 2010

TERENGGANU DARUL RUNTUH LAGI......


Kilang RM12 Juta Retak, Ancam Nyawa Pekerja

 KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Kerajaan Terengganu perlu memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya terhadap kilang anak syarikat kerajaan negeri yang retak dan mengancam nyawa pekerja.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kilang Top IT Industries Sdn Bhd di Gong Badak yang bernilai RM12 juta dan mula beroperasi pada 2008 mengalami keretakan yang membahayakan para pekerja.
“Apa yang menyedihkan dari laporan audit, kilang ini hingga kini tidak mendapat CF dan beroperasi dalam keadaan amat merbahaya kepada pekerja-pekerjanya seramai 67 orang,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurutnya, para pekerja telah mengadu kepadanya secara rahsia tentang bahaya bekerja di situ kerana berlaku keretakan-keretakan yang boleh nampak jelas dari luar.
Katanya, bahagian dinding kilang yang dihitamkan merupakan keretakan-keretakan yang kekal yang cuba ditutup.
Tambahnya, Jabatan Audit Terengganu telah membuat audit dan memaklumkan tentang keretakan-keretakan yang berlaku itu merupakan keretakan yang kekal serta boleh memberikan impak yang besar kepada pekerja-pekerja jika berlaku keruntuhan.
“Jadi, mereka amat bimbang tentang apa yang ada sekarang ini. Dan jika hari hujan atau ribut akan berlaku juga kebocoran air masuk ke dalam dan atap kilang ini juga bergoyang jika berlaku tiupan angin, hujan dan ribut. Jadi mereka bimbang akan berlaku keruntuhan kepada bangunan ini,” ujarnya kepada media semasa meninjau kilang yang mengeluarkan e-book itu, semalam.
Bertepatan dengan laporan jabatan audit negeri, beliau mendapati keretakan itu merupakan kerosakan yang kekal dan memerlukan kepada pemeriksaan rapi.
Beliau menggesa kerajaan negeri bertindak segera untuk membuat pemeriksaan rapi dengan merujuk kepada laporan audit.
“Bangunan kilang ini sendiri belum mendapat Sijil Akuan Kelayakan Menduduk Bangunan (SAKMB). Kriteria keselamatan bangunan hendaklah diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Bangunan yang siap hendaklah mendapat SAKMB. Jadi penemuan auditnya, pelan bangunannya tidak diluluskan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Jadi, apa yang berlaku sekarang ini amat membahayakan nyawa 67 orang pekerja di kilang Top IT Industries Sdn. Bhd ini dan kebimbangan mereka ini mereka salurkan kepada kami,” ujarnya.-HARAKAH DAILY

KERAJAAN NEGERI PAKATAN? TAK NAK CERITA

Diharap kakitangan awam di negeri Pakatan Rakyat mengambil nasihat DS Khir Toyo ini. Terutamanya di Selangor, KHIR TOYO bukan lagi MENTERI BESAR. Madu diberi janganlah dibalas tuba.

Bantuan Raya Kerajaan: Madu diberi janganlah dibalas tuba

Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, kini sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor.

Aug 27, 2010 12:48:17 pm


1. Saya amat mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri memberi bantuan khas kewangan sempenan Hari Raya Aidilfitri ini.  Kakitangan dan pesara kerajaan akan menerima bantuan sebanyak RM 500 seorang.  Ini bermakna kerajaan perlu mengeluarkan hampir RM 1 bilion bagi melaksanakan pemberian ini.
2. Pemberian bantuan raya ini menunjukkan kerajaan bersedia berbelanja dan mengeluarkan wang untuk rakyat berdasarkan keperluan dan bukannya sekadar suka-suka berbelanja dan bermewah tanpa keperluan.
3.Bagi kakitangan kerajaan, pemberian ini walaupun tidak besar jumlahnya bagi individu, namun sangat besar kepada perbendaharaan negara.  Saya percaya sebahagian besar kaitangan kerajaan akan bersyukur dengan bonus ini.  Jika ada segelintir yang masih bersikap madu diberi tuba dibalas biarlah Allah sahaja menentukan untung nasib mereka kemudian hari.
4. Adalah menjadi harapan kita agar pemberian bonus raya ini akan menaikkan lagi semangat dan dedikasi kakitangan kerajaan untuk terus bekerja keras bagi memakmurkan negara ini.
5. Saya percaya rakyat tidak merungut kakitangan kerajaan mendapat duit raya dan pelbagai keistimewaan jika mereka terus meningkatkan perkhidmatan awam.  Malahan Perdana Menteri mungkin akan mengumumkan bonus kepada kakitangan kerajaan dalam pembentangan Bajet akan datang.
6. Namun biarlah rakyat melihat dedikasi kakitangan kerajaan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan negara.  Janganlah pula selepas mendapat bonus raya pun kita akan dapati pejabat kerajaan masih tidak beroperasi biarpun raya telah masuk minggu kedua.  Jika ini berlaku rakyat akan mempersoalkan keputusan kerajaan.  Yang menjadi mangsa kemarahan rakyat nanti ialah pemimpin kerajaan.
7. Justeru kepada kakitangan kerajaan balaslah semula budi baik Perdana Menteri ini dengan memberi perkhidmatan yang terbaik.  Saya percaya bukan puji-pujian yang dipinta oleh Perdana Menteri tetapi kualiti perkhidmatan yang penting.  Namun adab dan budaya Melayu janganlah dilupa sehingga tangan yang memberi hendak digigit kemudian hari.
orang memberi
kita merasa
orang berbudi
kita berbahasa

MOHD ZAHID ARIP BAKAL JADI SENATOR?

Tindakan pemdemonstran di Indonesia memangketerlaluan dan sukar dimaafkan TETAPI mengatakan rakyat Malaysia yang pembangkang membiaya pendemonstran untuk menjatihkan negara? Pakatan Rakyat nak jatuhkan BARISAN NASIONAL dan bukannya NEGARA.
Oleh itu diharap sangat-sangat Zahid dapat beri bukti kukuh untuk tuduhan beliau ini. Kalau betul, memang patut dibagi penerajang kerana menghina negara. Kalau betul membiaya demonstrasi la. Kalau setakat Nurul Izzah ada interview dengan KOMPAS jadi bukti bayar itu dan ini takyah le, susah nak percaya . . .  Bayar? dulu pun UTUSAN ada kata CNN dibayar oleh Anwar. Macam samalah pulak.

SINAR HARIAN EDISI KL/SELANGOR 27 Ogos 2010.

SSHHHH..... Jangan cerita kat Raja Nong Chik


Expert concerned about loss of old Tokyo buildings
Experts have found that many old buildings of cultural and historical merit have been demolished in Tokyo over the past 30 years.

Architects and university researchers studied buildings constructed from the mid-19th to the early 20th century in Tokyo's 23 wards.

They found that three quarters of them had been demolished or redeveloped. The demolished buildings include Japan's first reinforced concrete apartments and the central post office.

One of the architects, Yasumichi Mifune, says it is cheaper to put up new buildings than preserve old ones in Japan, and he is concerned about the loss.

BERSABARLAH YE. . . . BARU 3 NEGERI, LAIN BELUM JUGA.

Kelantan Belum Buat Keputusan Mengenai Bayaran Khas RM500 - Nik Aziz
KOTA BARU: Kerajaan Negeri Kelantan belum membuat keputusan mengenai bayaran khas sebanyak RM500 untuk kakitangan awam kerajaan negeri sempena Aidilfitri ini sebagaimana dilaksanakan kerajaan pusat dan beberapa negeri lain.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara itu akan bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri.
"Setakat ini kami belum berbincang di peringkat Exco perkara ini, tengoklah jika ada kemampuan kita akan beri, katanya selepas mengadakan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat
Beberapa kerajaan negeri semalam mengikut langkah kerajaan pusat apabila turut mengumumkan bayaran khas RM500 kepada kakitangan awamnya sebagai bantuan Aidilfitri termasuk Melaka, Selangor, Kedah, Pahang dan Terengganu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembayaran khas RM500 kepada kakitangan awam di seluruh negara sempena Aidilfitri tahun ini.
Beberapa tahun lepas, kerajaan negeri Kelantan turut membayar bonus kepada kakitangan awamnya apabila kerajaan pusat berbuat demikian.- BERNAMA

KASIH IBU SEPANJANG HAYAT

Bayi hidup semula dalam pelukan ibu



GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.




SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.
Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.
Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.
Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.
Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.
Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.
"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.
Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

PERLUKAH KITA HANYA BERSABAR?


Apakah tidak boleh amaran lebih keras diberikan terhadap Indonesia? Adakah apabila sesuatu berlaku terhadap rakyat kita di Indonesia baru kita hendak berbuat sesuatu atau adakah kita hendak menunggu sesuatu berlaku terhadap rakyat Indonesia di Malaysia baru kita hendak bertindak? Saya ada terbaca dimana sudah lupa bahawa tindakan pendemonstran ini didalangi oleh satu pertubuhan dan diapi-apikan oleh media. Jumlah pendemonstran yang ramai bukan kerana mereka AMAT prihatin tetapi lebih kepada mencari wang lebih untuk menyambut lebaran. Malangnya sesetengah dari mereka telah mula melampau. Lebih kita gusar apabila berlaku sesuatu perkara seperti kes Muntik atau Nimala, tiada siapa pun akan mengambil endah lagi walaupun sebelum ini keperihatinan tersebut atas dasar kemanusiaan.

Bendera Malaysia dibakar, diludah dalam demonstrasi di Jakarta

August 26, 2010
JAKARTA, 26 Ogos — Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lepas.
Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan.
Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia, ke arah pasukan keselamatan.
Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.
Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos.
Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia.
Keadaan reda apabila anggota kumpulan yang beremosi dapat ditenangkan oleh beberapa orang pemimpin kumpulan tersebut.
Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya.
Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih.
Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas. — Bernama

BAHASA HALUS - UDAH UDAH LER SAMAN TU.....

PM Beri Jaminan Masa Depan Peneroka Felda Kukuh
BANDAR SERI JEMPOL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis memberi jaminan bahawa masa depan peneroka di tanah rancangan Felda adalah kukuh dan selamat.
Beliau berkata Felda pada hari ini mempunyai tanah seluas 330,000 hektar dan membuat keuntungan pada purata RM1.1 bilion setiap tahun.
"Mana ada syarikat atau organisasi yang bankrap mempunyai harta sebanyak RM12.2 bilion bersih. Gambaran orang yang sudah bankrap adalah tinggal sehelai sepinggang," katanya ketika berucap di Program Rahmat Ramadan Perdana 2010 di Masjid Bandar Seri Jempol di sini.
Kira-kira 8,000 penduduk sekitar Jempol dengan sebahagian besarnya peneroka Felda memenuhi tiga khemah besar yang disediakan pada program itu sehingga Najib beberapa kali memberi penghargaan kepada para pemimpin Jempol yang menjayakan program itu.
Perdana Menteri berkata dengan keuntungan tahunan Felda itulah, organisasi itu mampu menawarkan pinjaman kepada para peneroka untuk membesarkan rumah mereka tanpa sebarang bunga atau faedah yang menurut Najib merupakan "pinjaman terbaik di dunia".
"Keadaan di Felda sudah jauh berubah, sebagai manusia kita nak hari ini lebih baik dari semalam dan waktu masa kita mula jadi peneroka, kita mungkin pernah sangsi akan masa depan kita sebagai peneroka tetapi berkat jerih payah, persaudaraan dan kerjasama dengan kerajaan, hari ini kita jadi tuan punya tanah di mana setiap seorang memiliki sekurang-kurangnya 10 ekar tanah," katanya.
Perdana Menteri berkata apabila Felda sudah berjaya, rata-rata tanah rancangan Felda merupakan kubu padu menyokong kerajaan dan ini menyebabkan timbulnya serangan dari pihak tertentu termasuk mendakwa Felda bankrap untuk mencemar Felda dan sekaligus menganggu gugat sokongan para peneroka kepada kerajaan.
"Dalam peratusan (pengundian pada) pilihan raya (kecil kawasan Parlimen) di Hulu Selangor yang lepas, jumlah sokongan amat tinggi dan calon kita yang menang mengaku tidak mungkin berjaya tanpa sokongan empat tanah rancangan Felda di kawasan itu," katanya.
Malaysia sekarang ini mempunyai 317 rancangan Felda dengan 112, 635 orang peneroka dan sudah banyak negara lain cuba meniru pembangunan ala Felda ini tetapi mereka gagal, katanya.
"Felda sudah bayar cukai sebanyak RM7 juta dan zakat sebanyak RM1.8 juta," katanya dan menurutnya adalah tidak berasas untuk menuduh Felda bankrap apabila aliran wang tunainya merosot kerana ia adalah pusingan di dalam perniagaan.
Jika Felda menjual aset tanahnya seluas 330,000 hektar itu, dijangkakan organisasi itu akan mendapat keuntungan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM20 bilion, katanya.
Dalam pada itu, Najib menyeru rakyat Malaysia khususnya para peneroka supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan Allah s.w.t kepada negara ini.
"Nikmat yang paling besar dan utama ialah nikmat Islam dan keimanan itu sendiri yakni bila kita beriman dengan Allah, jalan kita diredai," katanya.
Selain daripada nikmat Islam dan keimanan, katanya rakyat juga mendapat nikmat untuk berada dalam negara yang aman dan kerana keamanan inilah rakyat dapat menjalani segala ibadat.
"Inilah nikmat negara aman di mana kita harus syukur atas nikmat yang Tuhan kurniakan. Selain dari itu saya percaya kita juga dapat nikmat dalam negara yang dipimpin oleh sebuah kerajaan yang sentiasa letakkan kepentingan kepada rakyat sejak dulu lagi". - BERNAMA

Thursday, August 26, 2010

DULU PENJAWAT AWAM PUN DAPAT JUGAK - PENYAPU


Selepas Penang, Kerajaan Pusat kini Selangor pula. Adakah ianya akan berlaku jika Pakatan Rakyat tidak memegang negeri-negeri? CUEPACS dok nego mintak bonus dah berapa lama? - aleh aleh PM umum bagi bonus raya. MARILAH KITA REALISASIKAN negara DUA PARTI.


Malam tadi semasa ber FB ngan seorg YB.... aku cerita tak puashati sikit sebab yang kerja swasta tak dapat apa-apa. Kalau dorang boleh buat macam KESAS pernah buat hari raya pertama tiada toll. Bukankah rakyat marhaen juga merasa? Walaupun tak beri impak apa-apa sangat pada aku yang nak 'balik kampung' kena bayar tol pegi balik lebihkurang RM2.20 atau RM8.80 pergi-balik kalau nak ikut MRR2. KAH KAH KAH.
Kesimpulannya - Oii tolonglah ingat juga yang duit tu dari cukai-cukai rakyat yang turut dibayar dek pekerja swasta dan GLC juga bukan kerajaan aje jadi beringat jugak la kat yang bukan kerja kerajaan ni.
NOTA KAKI : CUEPACS tolong ingat bila keluar statement tu - ni duit 'rakyat' bukan duit BN.


Raya: Kakitangan Selangor Dapat RM500, Guru Kafa RM250

SHAH ALAM, 26 Ogos: Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas hari raya sebanyak RM500  sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Menteri Besar, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas hari raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali  kakitangan Gred JUSA ke atas.
Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.
Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya  ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.-HARAKAH DAILY

ADA SESIAPA MINTAK PENDAPAT TAIB MAHMUD?


Asia's smallest frog found in Sarawak

E-mailPrint
KUALA LUMPUR: Asia's tiniest frog, a creature the size of a pea, has been discovered in a national park in Sarawak, researchers said today.
Herpetologist Indraneil Das said he and Hamburg University colleague Alexander Haas discovered the orange-and-red frog when returning from a field trip at the Kubah National Park in 2004.

They finally announced their discovery after taxonomic journal Zootaxa published their findings.

"We heard the calls of this frog and we knew the calls of all frogs in the area and this was different," Das said.

"At first we couldn't see it but eventually we found it and I had to trap the frog in one of my baby son's clean white diapers in order to really see what it looked like, it was so tiny."

The frog measures just 3.0 millimetres when it metamorphoses from a tadpole, and grows to about 9.0 to 11.0 millimetres as an adult. It belongs to the Microhylid family of frogs, which are all under 15.0 millimetres in length.

"The frog is as small as the South American species (of miniature frogs) and is definitely the tiniest in Asia, Africa and Europe," Das said.

It was named Microhyla nepenthicola after the Nepenthes ampullaria, a miniature pitcher plant in which it lives.

Das said the plant lives off decomposing organic matter that collects within it and the frog uses this as a habitat, laying its eggs in the pitcher. When the tadpoles hatch, they live in the gathered liquid until they mature.

"This just shows how much more there is left to discover in the jungles of Borneo, it's just the tip of the iceberg," said the scientist, head of the Institute of Biodiversity and Environmental Conservation at the Universiti Malaysia Sarawak.

Sarawak and neighbouring Sabah states make up Malaysia's half of Borneo island, which is shared with Indonesia.

Das said he will be leading a team into the jungles of Indonesia and Malaysia next month to search for a supposedly extinct toad last seen in 1922, as part of a global project to rediscover 100 species of "lost" amphibians.

KALAU SEMUA ASIK DOK SAMAN, MAU BENGKRAP WO...


Bila kira-kira balik setahun dapatlah RM2,500 ke RM 3,000. Mungkin sebab tu ramai malas nak saman kot. Keputusan hari ini mengesahkan apa yang ANAK dan banyak pihak katakan.


Muktamad: Felda diarah bayar peneroka RM11 juta

26 Ogos - Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.
Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.
Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.
Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.
Ini adalah saman pertama yang dikemukakan oleh peneroka terhadap Felda. 
Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff mengetuai panel tiga hakim dalam perbicaraan hari ini.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
"Justeru, rayuan itu ditolak."
Hakim lain adalah Datuk Hashim Yusof dan Datuk Md Raus Sharif.-MALAYSIA KINI

INI CONTOH SEMANGAT 1 MALAYSIA.

Kat sesetengah tempat tu pat kai lah bebudak Melayu dan jiran-jiran jadi anak-anak ni kurang sikit lah tindak-tanduk liar TAPI bila tegur jangan main mercun, elok orang mula solat Tarawikh, dorang pun mula balik. Kang nak aku tampau kang, anak anak jiran. Lagi memendam rasa. Agak-agak kalau bebudak yang buat kerja ni budak-budak melayu, kena tegur tak bila dorang main mercun? FIKIR FIKIRKAN LAH

Ibu bapa empat remaja mohon maaf

26/08/2010 1:37pm



SEREMBAN 26 Ogos – Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, pada Isnin lepas, hari ini memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak-anak mereka itu.
Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53; dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd. Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi ini.
Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.
Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.
Mereka melahirkan rasa kesal dan duka cita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.
Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari. – Bernama

Cerita Dolu Dolu