Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 26, 2010

TAKTIK BARU (ATAU LAMA?) CURI KAYU HUTAN SIMPAN

Satu lagi projek Noh Omar? Kelulusan belum dapat selamba je sapu/tebang hutan 130 hektar. Entah-entah yang ditebang tak guna nak buat jalan pun. Sila pantau projek ini. Jangan hairan apabila sudah selesai, kerajaan negeri akan dikambing hitamkan atas kehilangan hutan simpan dikawasan tersebut tanpa menceritakan punca sebenar kenapa. Lebih best pula masuk kat aduan rakyat, panggil Karam Singh Walia. INGAT PESANAN INI
Kementerian Pertanian Perlu Patuhi Syarat - Elizabeth
SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor sebelum meneruskan projek pembinaan terusan pengairan sawah padi dan kolam takungan air di Tanjung Karang.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong berkata, Jabatan Hutan negeri telah diarahkan untuk mengeluarkan permit penggunaan hutan simpan kepada kontraktor Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor yang berada di bawah kementerian berkenaan.
Beliau berkata permit khas itu diperlu diperoleh pihak berkenaan kerana ia melibatkan kerja-kerja membuat jalan bagi membawa masuk jentera ke kawasan HutanSimpan Raja Musa dan Hutan Simpan Sungai Karang.
Wong berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semalam bahawa kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan dua projek bagi membantu penanam padi di Tanjung Karang.
Noh berkata agensi kerajaan negeri Selangor telah menyita 15 jentera pengorek yang digunakan kontraktor dalam melaksanakan projek itu.
Menurut Wong, jentera berkenaan disita setelah kontraktor terbabit menebang hutan seluas 130 hektar di Hutan Simpan Raja Musa dan Sungai Karang tanpa mendapat permit penggunaan bagi melaksanakan kerja di kawasan hutan simpan.
Beliau berkata berikutan satu dialog dengan pihak IADA, mereka hanya dikompaun sebanyak RM150,000 untuk mendapatkan semula kesemua 15 jentera pengorek yang disita, dan tidak akan didakwa di mahkamah. Katanya, IADA juga diminta membayar ganti rugi berjumlah RM650,000 kerana telah menebang hutan seluas 130 hektar di kawasan hutan simpan.
"Mereka tidak perlu membayar ganti rugi tersebut pada masa ini kerana kami mahu melihat peta kawasan itu terlebih dahulu secara terperinci. Kami perlu tahu di mana mereka akan bergerak dan menebang pokok kerana mereka akan membina jalan bagi membolehkan peralatan mesin dibawa masuk," katanya.
Beliau berkata selain itu, peta atau pelan mengenai projek itu perlu ada bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menceroboh kawasan hutan simpan berkenaan apabila jalan masuk siap dibina.
"Ya, projek itu memang penting dan mereka (Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani) boleh meneruskannya asalkan mematuhi syarat yang ditetapkan," katanya.
Semalam, Noh berkata projek menaik taraf terusan saluran induk kawasan Pengairan Tanjung Karang bernilai RM5.42 juta itu adalah bagi meningkatkan keupayaan bekalan dan kualiti air, selain mengekalkan kelestarian alam sekitar serta memulihkan ekosistem Hutan Simpan Raja Musa.
Katanya, projek membina dan menyiapkan kolam takungan di bawah Skim Pengairan Tanjung Karang bernilai RM25.75 juta itu bertujuan menambah sumber air melalui takungan air sementara dari terusan utama untuk dibekalkan ke kawasan yang menghadapi masalah kekurangan air. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu