Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 13, 2010

MB Jumpa Kamera Tersembunyi Di Pejabatnya.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

TERTARIK dengan pendapat DR RAFIk di sini.

Amatlah munasabah kamera yang MB jumpa itu diletak untuk dijumpai dan bila kumpulan atau pegawai keselamatan yang memeriksa kalau-kalau ada peranti yang lain akan meletakkan peranti yang lebih kecil dan lebih sukar dijumpai. Kamera yang di jumpa tu bukan sebenarnya webcam tetapi DUMMY CAM bertujuan untuk meletakkan PERANTI yang sebenarnya. Harap MB berhati-hati termasuk Pegawai Keselamatan. Kalau boleh buat double check guna orang yang boleh dipercayai untuk scan bug yang lain.

No comments:

Cerita Dolu Dolu