Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 09, 2010

Tengok Betapa Ruginya - Akibat Takde Lesen.

Adakah dengan 'menghalalkan' judi bola nanti, sindiket ini yang dikatakan telah meraih 1 billion melalui sistem online akan berhenti? Kalau polis benar-benar pro-aktif mungkin juga... SAPA UNTUNG?..... Tanya Hishamuddin Rais TUKAR TIUB

Sindiket judi bola raih RM1 bilion

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya empat sindiket perjudian bola sepak secara online tanpa lesen di negara ini dikenal pasti telah bergiat aktif sejak beberapa tahun lepas melibatkan wang pertaruhan lebih daripada RM1 bilion, kata polis hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis telah menubuhkan satu pasukan pada April lepas bagi memantau sindiket-sindiket terbabit yang dipercayai didalangi beberapa individu termasuk yang bergelar Datuk dan mengandungi pakar teknologi maklumat.

"Kita sedang menyiasat sama ada sindiket-sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Mohd Bakri berkata, unit pemantau itu akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa.

Bagi membanteras perjudian semasa Piala Dunia yang bermula di Afrika Selatan pada Jumaat ini, unit pemantuan itu telah melancarkan operasi dikenali sebagai Ops Soga (soccer games) di semua negeri sejak sebulan lepas.

No comments:

Cerita Dolu Dolu