Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 08, 2010

KALAU HUTAN AMPANG GONDOL MB TAK MB.....

Aku dah lihat HUTAN SIMPAN walaupun tak semua digondolkan.... siap letak papan tanda lagi "PROJEK BARISAN NASIONAL - PROJEK YB DATO ...." Aku harap jangan bagi alasan ini Pemerintahan Terdahulu yang luluskan ke hape ke.... PASTIKAN HUTAN SIMPAN AMPANG JANGAN USIK!!!!

241 Ribu Hektar Tanah Diwarta Tanah Simpan

Kira-kira 241 ribu hektar tanah telah diwartakan sebagai tanah hutan simpan selaras dengan rancangan kerajaan negeri memastikan kesinambungan punca air, pertanian dan perhutanan Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata larangan pembangunan dan penerokaan dikuatkuasakan di zon-zon terbabit, yang dikenalpasti sebagai kawasan punca air dan ekologi yang penting.

Bercakap di majlis perasmian Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Shah Alam hari ini, Menteri Besar berkata jumlah hektar tanah yang diwartakan bersamaan 30 peratus dari tanah negeri Selangor.

“yang paling penting ialah ini tempat penakungan air, water catchment areas, yang mana ia sangat perlu dijaga terutama bagi daerah Tanjung Karang sudah tentu untuk penanam padi tapi untuk seluruh negeri ialah untuk sumber air untuk kegunaan minuman dan juga kegunaan-kegunaan air di negeri Selangor” Tan Sri Khalid berkata.

Jabatan Perhutanan turut menawarkan peluang pekerjaan baru bagi kerja-kerja pemantauan keatas zon-zon kritikal ini.

Kerajaan negeri turut menggalakkan kerja-kerja pemulihan ekonomi dan penanaman hutan di kuari-kuari tinggal dalam zon berkenaan.

“ selain daripada itu kita akan melihat pengurusan-pengurusan kuari yang ada juga dalam hutan yang kita tentukan hasilnya akan dapat bukan sahaja menolong Kerajaan Negeri dari segi pulangan untuk memulihkan semula kuari-kuari yang tertinggal dan untuk dibuat penanaman-penananam hutan di sekitar kawasan-kawasan tersebut” katanya.

Khalid turut merasmikan Pelancaran Buku Taman Negeri Selangor dan Sesi Membudayakan Pemakaian ‘Collar Pin’ Integriti pada majlis ini.

“Pin ini adalah untuk memperingatkan pelancaran integriti untuk warga kerja, ini sesuai dengan satu daripada langkah selari dengan langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menerima konsep integriti index untuk menentukan semua perjalanan pentadbiran negeri Selangor ini ditadbir dengan berasaskan kepada konsep corporate governents dan tiada menentukan rasuah dapat dikurangkan” tegas Khalid.

No comments:

Cerita Dolu Dolu