Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 10, 2010

GST kekal empat peratus

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada empat peratus kepada 10 peratus dalam tempoh 10 tahun kerana tidak mahu rakyat menerima impak negatif.

:Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek berkata, kerajaan yakin, walaupun GST ditetapkan pada kadar empat peratus, ia akan dapat memberi kesan yang neutral kepada inflasi dan hasil kerajaan secara keseluruhannya.

:Menurutnya, kutipan hasil cukai juga boleh bertambah menerusi sistem GST yang lebih efisien dan pematuhan yang lebih tinggi.

“Yang penting ialah memastikan maklumat mengenai mekanisme dan pelaksanaan GST dapat disampaikan kepada seluruh rakyat,” katanya menjawab pertanyaan Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Awang Adek berkata, matlamat utama GST ialah menyusun semula sistem percukaian negara agar lebih komprehensif, efisien, telus dan mesra perniagaan.

Katanya, GST bakal menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan mempunyai banyak kelebihan yang mengatasi kelemahan sistem percukaian sedia ada.

Beliau juga berkata, GST tidak akan meningkatkan kos perniagaan, malah menjadikan harga barangan dan perkhidmatan lebih kompetitif dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Ini disebabkan GST yang dibayar peniaga ke atas input perniagaan seperti bahan mentah:, bil telefon, peralatan pejabat dan sebagainya, boleh dituntut sebagai kredit daripada kerajaan,” katanya.

:Kewajaran melaksanakan GST, Awang Adek berkata, tahap pendapatan negara bukan ukuran kerajaan melaksanakan GST.

:Ini kerana banyak negara lain yang telah melaksanakan GST walaupun pada dasarnya pendapatan per kapita negara-negara tersebut lebih rendah berbanding Malaysia.

“Venezuela, Sri Lanka, Afrika Selatan dan Sudan sudahpun melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap pendapatan per kapita bukan menjadi ukuran bagi melaksanakannya,” katanya.

Sementara itu, Awang Adek berkata, sebanyak 126 program telah dilaksanakan untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan GST yang melibatkan 18,000 peserta, dan maklum balas yang diterima, agak memberangsangkan. - Bernama

NOTA :
1. Bukan ke hari tu kata belum confirm (ke aku salah faham) tapi dok cerita 'KEKAL 4 PERATUS' - Dah confirm sesangatlah tu. ANOTHER FLIP FLOP

2. Bagaimanakah meakanismanya? Aku belum pernah tengok lagi. Sila tengok ini yang aku catitkan dari pengalaman perlaksanaan GST di Jepun. KLIK SINI

3. Aku tak dapat penerangan jelas fasal Cukai Perkhidmatan dan Cukai Jualan lagi.

Aku bercakap sebagai rakyat marhaen bukan sebagai seseorang yang memahami isu cukai dan GST ni.... (PWC ada buat seminar hari tu).

No comments:

Cerita Dolu Dolu