Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 08, 2010

Kempen hari Isnin tanpa beg plastik dilancar di Kota Kinabalu

Kempen yang bagus tapi orang JARANG SANGAT-SANGAT pi shopping hari Isnin - MONDAY BLUES.
Kenapa tak buat Hari Ahad?
(Tahu sangatlah kalau buat hari Sabtu kang kata tiru Selangor pulak kan???)

SUMBER

KOTA KINABALU - Jika anda merancang untuk membeli-belah pada hari Isnin, anda dinasihati supaya membawa beg atau bakul sendiri.

Apabila membeli barangan kecil atau dalam kuantiti yang sedikit, elakkan daripada menggunakan beg plastik. Bagi barangan dalam jumlah yang banyak, anda mungkin dapat menimbangkan untuk menggunakan troli.

Ini adalah tabiat yang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berharap dapat disemai dalam kalangan orang ramai menerusi kempen 'Hari Isnin Tanpa Beg Plastik' yang dilancarkan hari ini di salah sebuah premis yang mengambil bahagian.

Kempen itu dianjurkan bersama oleh DBKK dan Pusat Tindakan Alam Sekitar (EAC), dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd.

Ia bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggalakkan penggunaan pilihan lain. misalnya beg daripada bahan yang dapat direputkan oleh bakteria (bio-degradeable), berbanding dengan plastik konvensional apabila membeli-belah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun melancarkan kempen itu.

No comments:

Cerita Dolu Dolu