Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 07, 2010

Bersatu tentang Zionis: MB - KAH KAH KAH

Bersatu tentang Zionis: MB

IPOH - Desakan pelbagai pihak supaya memboikot produk-produk dari Israel serta syarikat-syarikat yang memiliki kaitan dengan negara Zionis itu antara satu pendekatan bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, apa yang lebih utama semua pihak perlu bersatu dalam setiap usaha menangani isu keganasan rejim Zionis di Gaza. KAH KAH KAH

Menurutnya, perkara berkenaan (memboikot) adalah antara kaedah yang boleh dilaksanakan, namun beliau yakin ada lagi cara lain boleh dilakukan.

“Saya bersetuju dengan usaha berkenaan kerana secara simbolik ianya turut menggambarkan bantahan terhadap segala perlakuan Israel, namun saya percaya masih ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita.

Zambry berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan acara pelepasan peserta bagi program Ipoh Starwalk 2010 di Stadium Indera Mulia, semalam.

Beliau berkata, serangan Zionis terhadap pasukan-pasukan misi keamanan ke Gaza baru-baru ini, diyakini tidak akan melemahkan semangat masyarakat antarabangsa bagi meneruskan usaha-usaha tersebut.

Menurutnya, pasukan misi keamanan yang melibatkan pelbagai bangsa, agama dari beberapa negara itu juga turut melambangkan bahawa masyarakat dunia kini semakin benci dengan keganasan serta penindasan yang dilakukan rejim berkenaan.

“Itulah Israel sebenarnya. Mereka anggap mereka memiliki undang-undang yang diguna pakai di seluruh dunia dan mereka boleh buat apa sahaja, selagi apa yang mereka kehendaki belum tercapai.

“Seperti apa yang berlaku kepada misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, yang mengakibatkan ramai rakyat dirempuh, diserang, dibunuh termasuk beberapa penahanan yang dilakukan dan terbaru, serangan terhadap kapal Rachel. Ianya amat sedih.

“Mereka ini langsung tidak menghiraukan soal kemanusiaan dan apa yang berlaku di Gaza adalah contoh bagi masyarakat dunia melihat perbuatan zalim mereka.

“Saya yakin semakin mereka gunakan cara kuku besi serta keganasan sebegini, semakin ramai masyarakat antarabangsa yang bakal tampil ke hadapan dan menentang mereka,” katanya.

Zambry turut menyuarakan keyakinan bahawa serangan-serangan berkenaan tidak akan mematahkan semangat masyarakat antarabangsa terus berjuang demi kemanusiaan sejagat.

“Kita sendiri dapat saksikan, bukan hanya umat Islam, tetapi seluruh masyarakat dunia daripada pelbagai bangsa dan agama berjuang menentang kezaliman Israel.

“Mereka (Israel), selama hari ini bercakap soal kezaliman, tetapi kini seluruh dunia boleh melihat apa yang mereka lakukan,” katanya.

KAH KAH KAH KAH

Ketika bercakap pada majlis di Teluk Intan, beliau berkata, kerajaan akan bersama-sama masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Zionis supaya menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel itu yang menghalang kapal bantuan kita untuk membantu rakyat Palestin.

“Kita tidak mahu apa-apa terjadi kepada dua rakyat Negeri Perak yang menyertai misi kemanusiaan itu, kita akan bertindak,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di Arena Square Teluk Intan di sini, semalam.

Menurutnya, dua rakyat Negeri Perak yang menyertai misi berkenaan Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan salah seorang anggota Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Ahmad Faizal Azumu ada menghubungi beliau pada Rabu lalu untuk memaklumkan keadaan mereka di sana.

No comments:

Cerita Dolu Dolu