Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 23, 2010

SELEPAS PENANG, SELANGOR PUN TAK NAK


MB Selangor: Tidak perlu pilihan raya DUN awal

November 22, 2010
SHAH ALAM, 22 Nov – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak nampak perlunya diadakan pilihan raya negeri itu dalam masa terdekat kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang.
Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipilih pada pilihan raya umum lepas memerlukan masa yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Saya berpandangan pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh empat tahun selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya tidak harus diadakan terlalu awal dalam usaha memberi peluang kepada wakil rakyat membalas kepercayaan pengundi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia mengadakan pilihan raya negeri dalam masa terdekat.
Abdul Khalid berkata kerajaan tidak harus membebankan rakyat dengan mengadakan pilihan raya terlalu awal kerana itu satu pembaziran. – Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu