Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 22, 2010

KENAPA TAK BUAT DI MALAYSIA AJE? TAK YAKIN?

Kerajaan Britain tolak permohonan pinjaman Lotus

GAMBAR menunjukkan kereta sport Lotus New Esprit.


NORWICH - Pengeluar kereta sport Lotus merancang untuk menghasilkan kereta sport di luar Britain selepas kerajaan Britain enggan memberi pinjaman berjumlah £50 juta (RM248.80 juta), lapor akhbarThe Sun kelmarin.
Lotus memerlukan wang itu untuk menaik taraf kilangnya bagi mengeluarkan lima buah model baru selain model sedia ada, Lotus Elise yang mampu menawarkan 1,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar memberitahu beliau terkejut dengan keputusan kerajaan Britain itu.
"Saya tidak faham kerajaan (kerana tidak meluluskan pinjaman). Ini adalah peluang untuk membantu satu jenama ikon Britain dan mencipta peluang pekerjaan. Lotus mahu memohon pinjaman dengan terma komersial, bukannya hadiah daripada kerajaan," kata Bahar.
Lotus kini milik syarikat pengeluar kereta dari Malaysia, Proton sejak 1994.
Pemilik syarikat itu merancang untuk mengekalkan ibu pejabatnya di Hethel, dekat Norwich untuk pasukan jurutera, pereka dan kakitangan pemasarannya.
Keputusan mengeluarkan kereta sport Lotus di luar Britain akan mengurangkan permintaan terhadap tenaga kerja warga tempatan. Lokasi kilang barunya akan diputuskan sebelum Krismas ini.
Syarikat Lotus diasaskan oleh seorang jurutera, Colin Chapman pada tahun 1952 yang pernah belajar di Universiti College di London.
Kilang pertamanya ialah di dalam sebuah bangsal lama di London Utara milik keluarga kekasihnya.
Operasi kilang itu kemudiannya berpindah ke Hethel pada tahun 1966.
Jenama Lotus mula terkenal di seluruh dunia apabila ia menyertai pelumbaan Formula satu pada tahun 1958 dan memenangi sebanyak 79 perlumbaan.
Kereta lumba ciptaan Chapman juga pernah dipandu oleh pelumba terkenal Britain, Jim Clark. - Agensi

No comments:

Cerita Dolu Dolu