Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 23, 2010

MP KULIM TENTU ADA JALAN PENYELESAIAN

Tanah jerlus ancam 10 rumah di Kulim
KULIM - Kira-kira 50 penghuni 10 buah rumah sederet di Taman Kenangan, Sungai Karangan dekat sini bimbang dengan keselamatan mereka berikutan sebahagian besar jalan dan tembok penahan di belakang rumah mereka jerlus selepas hujan lebat awal pagi Ahad.

Mereka khuatir tembok penahan dan jalan berturap tar yang runtuh sedalam hampir 1.5 meter pada keluasan semeter lebar serta panjangnya hampir 70 meter akan terus jerlus dan runtuh bersama-sama bahagian dapur rumah mereka pada bila-bila masa jika tiada penyelenggaraan dilakukan segera.

Seorang penduduk yang dapur rumahnya terlibat Rokiah Ahmad, 55, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu setelah membuka pintu dapurnya pada pagi Ahad lalu dan mendapati jalan telah merekah dan bahagian bawahnya roboh.

“Saya dah pesan kepada anak-anak saya supaya jangan lagi keluar menggunakan pintu dapur takut tanah di bahagian tersebut runtuh... kelak membahayakan diri,” kata Rokiah, yang menetap di situ sejak 1993.

Katanya terdapat beberapa pekerja Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang datang meninjau kawasan kejadian tetapi mereka sekadar memasang pita sempadan tidak membenarkan orang ramai menghampiri kawasan berkenaan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu