Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 25, 2010

LAWAK MUTAKHIR - UMNO BOLEH TERIMA TAUBAT PULAK?

"Ahli PKR perlu bertaubat"

KEMAMAN – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta semua pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO bagi menyatupadukan orang Melayu yang kini telah berpecah kepada tiga kelompok. 

Menurut beliau, sekarang sudah tiba masanya untuk parti itu dibubarkan seterusnya menyarankan semua pengikut parti itu kembali semula menyertai UMNO yang merupakan parti besar Melayu dan paling lama di negara ini. 

“Dengan pembubaran PKR saya yakin orang Melayu dan umat Islam akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti sekali gus menjadi penebus maruah bangsa di sebuah negara merdeka seperti Malaysia. 

“Saya menyeru kepada pengikutnya (PKR) agar bertaubatlah, dan baliklah ke pangkal jalan. Seperti pepatah Melayu mengatakan, kalau sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan dan jalan itu adalah UMNO,” katanya. 

Kata beliau, sesiapa yang bertanggungjawab memecahbelahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat. 

Dr Mahathir berkata, umat Islam dan bangsa Melayu akan terus dihina sekiranya mereka belum ada kesedaran untuk bangkit memperbaiki kelemahan demi masa depan yang lebih gemilang. 

Katanya, mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan serta hala tuju parti yang dianggotai orang Melayu. 

“Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan dan ahli dewan. 

“Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tidak sampai 10 peratus pun yang ada. Malah, satu bahagian ada seorang sahaja,” katanya. 

Sementara itu ketika ditanya mengenai desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak awal tahun depan beliau berkata, belum tiba masa bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan pilihan raya umum dalam waktu terdekat meskipun sesetengah pihak berpendapat kejayaan parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan sudah memberi kedudukan selesa buat BN. 

“Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu dan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU-13. 

"Lainlah di Sarawak yang sudah tidak ada pilihan sebaliknya di sini (Semenanjung) ada pilihan. Masih ada banyak masa lagi untuk parti politik berusaha mendapat sokongan termasuk UMNO dan BN,” katanya. 

Kata beliau kerajaan perlu mempunyai banyak masa khususnya bagi mengatur strategi selain berusaha meraih kembali sokongan rakyat agar lebih ramai kembali menyertai BN. 

“Kemenangan kita (BN) di sesuatu tempat tak boleh kita jadikan ukuran sokongan. Saya rasakan kepimpinan BN sendiri tahu perkara ini," katanya. 

Mengulas mengenai cadangan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus menghina Malaysia ketika berada Tun Mahathir bagaimanapun tidak bersetuju, Sebaliknya kata beliau, tindakan itu hanya akan menggambarkan kerajaan takut pada Anwar yang juga merupakan Penasihat PKR. 

“Tidak mengapa jika dia (Anwar) mahu buruk-burukkan negara sekalipun dan saya tidak fikir kita perlu takut padanya. Kalau kita buat macam itu (halang) orang lagi marahkan kita dan bencikan kerajaan,” katanya. 

Kelmarin, semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat Ahli Parlimen BN mendesak kerajaan supaya menghalang Anwar daripada ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus menghina Malaysia. 

Menurut mereka, kerajaan tidak harus membiarkan Anwar terus berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan usaha menarik kemasukan lebih ramai pelabur asing bagi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. 

Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berkata, halangan perlu dikenakan kerana individu seperti Anwar perlu dikawal perbuatannya. 

Sementara itu, Mahathir turut menyifatkan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim sebagai katak berikutan tindakan beliau suka melompat parti serta tindakan nekadnya mengumumkan keluar daripada PKR baru-baru ini. 

Malahan, beliau dalam nada bergurau turut menyindir cita-cita calon Timbalan Presiden PKR itu yang mahu mewujudkan parti baru seolah-olah parti baru senang diwujudkan seperti mengadakan ‘birthday party’.

No comments:

Cerita Dolu Dolu