Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 24, 2010

MANA CSR SYABAS? KENAPA SAYA PERLU TANGGUNG KESULITAN ORANG LAIN?

Dari pemahaman saya lebih kurang begini. Bil air saya RM20.00 tetapi bil perlu bayar RM8.60. Saya dengan sukarela memulangkan RM11.40 kepada SYABAS untuk Tabung Budi.

a) Bayar macamana? Secara cash atau bayar penuh dan SYABAS anggap saya masukkan bayaran ke Tabung Budi?.
b) Kalau golongan kurang berkemampuan tak dapat bayar bil dan kena potong KERANA tak dapat subsidi. Kenapa tak dapat subsidi dari kerajaan negeri? Sebab meter pukal?

MANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYABAS(CSR)membantu golongan kurang berkemampuan. Kenapa harus ambil dari kerajaan negeri (yang diberi kepada pengguna secara percuma?)
Lagi sanggup nak naikan tarif air 37% baru tahun depan.... selepas itu dan selepas itu dan selepas itu?

14 hari untuk Syabas hentikan Program Tabung Budi

23/11/2010 6:38pm


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor telah menghantar notis kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) supaya menghentikan program Tabung Budi dalam masa 14 hari kerana ia didapati melanggar syarat perjanjian konsesi air.
Notis bertarikh 23 Nov 2010 bagi tujuan itu dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor, Nor Azmi Diron mengikut Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997.
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata Syabas perlu membatalkan program Tabung Budi dan pembatalan itu perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di negara ini.
"Mengikut notis ini, Lesen Pembekalan Air yang diberikan kepada Syabas mengikut Subseksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu," katanya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata, kerajaan negeri akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syabas jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.
Beliau berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.
Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.
Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu