Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, October 16, 2010

TAHNIAH KONSENSUS BEBAS. Ini baru namanya Ahli Parlimen

Belanjawan 2011 dari kaca mata Konsensus Bebas

Oct 15, 2010 09:24:16 pm


Konsensus Bebas mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Tun Razak atas pembentangan Belanjawan 2011 pada hari ini.  Konsensus Bebas memandang ke hadapan dengan melihat Belanjawan 2011 secara positif sebagai satu belanjawan yang selari dengan Pelan Tranformasi Ekonomi, dalam usaha kerajaan membangunkan negara untuk mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi.

Konsensus Bebas menyambut baik keprihatinan kerajaan terhadap golongan muda dalam belanjawan kali ini.  Kemudahan untuk memiliki rumah pertama, dengan kerajaan menjaminkan 10% wang pendahuluan bagi rumah berharga di bawah RM220,000 membolehkan golongan muda mendapat pinjaman 100% untuk membeli rumah.  Di samping itu, golongan muda akan mendapat manfaat terbanyak dengan penubuhan Talent Corp, 1Malaysia Training Programme, The Academic Medical Centre, sebuah usahasama dengan institusi perubatan ulung iaitu John Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons, Ireland dan International Islamic University Teaching Hospital di Kuantan.

Konsensus Bebas juga menyambut baik pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas perkakasan jalur lebar (broadband equipment) dan telefon bimbit sehingga 2012 dalam usaha meningkatkan kadar capaian dan penembusan internet di Malaysia.
Peruntukan untuk program Multimedia Development Corridor sebanyak RM119 juta untuk menghasilkan "ekonomi digital" yang inovatif juga disambut baik.  Konsensus Bebas berharap peruntukan ini akan digunakan untuk membangunkan satu ekonomi mampan, didokong oleh "knowledge workers" tempatan yang dihasilkan oleh universiti tempatan.

Terima kasih juga di atas fokus yang diberikan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak yang berjumlah hampir RM5 billion, meliputi penaiktarafan jalan serta memastikan bekalan air dan elektrik sampai kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

Konsensus Bebas juga menghargai tindakan kerajaan dalam membekukan kenaikan kadar tol lebuhraya PLUS untuk tempoh lima tahun yang akan datang.  Konsensus Bebas berharap tindakan ini juga boleh dipanjangkan kepada pengusaha tol selain daripada PLUS.

Namun begitu, Konsensus Bebas berharap kerajaan dapat memberi perhatian dan penjelasan, serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara-perkara berikut:

1. Bantuan dan penambahbaikan sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar dalam konteks pembangunan sumber manusia bagi menyokong ETP tidak disebut dengan jelas dalam belanjawan kali ini.

2. Keperluan untuk membina satu bangunan pencakar langit 100-tingkat berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak berapa jelas justifikasinya.  Kawasan Lembah Klang kini mempunyai bekalan ruang pejabat dan kediaman yang berlebihan.  Masalah ini dijangka akan berterusan sehingga menyebabkan letusan gelembung hartanah (property bubble burst) menjelang pertengahan 2011.

3. Pihak kerajaan atau EPF perlu memberi justifikasi kenapa wang simpanan rakyat dianggap sesuai untuk digunakan bagi projek pembangunan tanah kepunyaan Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh yang akan dibiayai oleh EPF sebanyak RM10 billion untuk tempoh 15 tahun.

4. Pihak EPF akan meningkatkan pelaburan luar negara dari 7% ke 20% dari jumlah aset yang diuruskan. Konsensus Bebas melihat ini sebagai satu risiko yang melibatkan wang rakyat diguna untuk membangunkan ekonomi luar sedangkan ekonomi negara lebih memerlukan sebarang bentuk pelaburan.

5. Konsensus Bebas tidak menolak kebaikan "private-public partnership".  Bagaimanapun kerajaan mestilah berhati-hati melaksanakan projek yang memakan belanja besar.  Sungguhpun projek-projek ini dikatakan akan ditanggung oleh sektor swasta, Konsensus Bebas berharap kesilapan dan pengajaran dari projek infrastruktur pengangkutan yang lepas seperti LRT, monorail dan ERL yang tidak berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur digunakan sebagai panduan oleh pihak kerajaan dalam memberi kelulusan.

Di samping itu, meskipun projek ini akan dibiayai dan dilaksanakan oleh syarikat swasta, ketelusan tidak boleh diabaikan.  Konsensus Bebas berharap projek-projek besar seperti MRT akan diberi melalui sistem tender terbuka dan projek-projek ditawarkan kepada syarikat yang mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat (the interests and safety of the rakyat).

Konsensus Bebas berharap Belanjawan 2011 akan dilaksanakan dengan cekap dan mencapai hasrat yang diinginkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

*Kenyataan media oleh Konsensus Bebas, yang terdiri daripada Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru), Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Zulkifli bin Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai).

No comments:

Cerita Dolu Dolu