Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 13, 2010

SELANGOR tak setuju SALAH; KEDAH setuju pun SALAH jugak.... SPIN SPAN

Banyak cara elak kenaikan tarif air Kedah - Nawawi Ahmad

13/10/2010 4:00pm

ALOR SETAR 13 Okt. - Kerajaan Kedah mempunyai banyak cara untuk menampung kos operasi pengurusan air yang meningkat tanpa perlu menaikkan tarif air terlalu tinggi serta membebankan rakyat.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Nawawi Ahmad berkata, sebelum ini, kerajaan negeri mendakwa premium balak sudah meningkat sebanyak RM30 juta, jadi mereka boleh menggunakan wang tersebut bagi menampung kos operasi pengurusan air.
"Kerajaan negeri juga mendakwa mendapat hasil daripada sumbangan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), kenapa ia tidak digunakan untuk kos operasi pengurusan air?” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, cara lain yang boleh digunakan oleh kerajaan negeri ialah melalui pengurangan air yang tidak menjana hasil atau “non revenue water" daripada 42 kepada 25 peratus, yang boleh memberi keuntungan sebanyak RM30 juta.
"Saya hairan kenapa kerajaan negeri tidak menggunakan pendapatan negeri yang didakwa meningkat sebanyak 205 peratus untuk kos operasi pengurusan air.
“Sedangkan jumlah pendapatan itu sangat tinggi dan sangat mencukupi untuk menampung kos operasi air,” katanya. - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu