Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 15, 2010

MENTERI KEWANGAN UTAMA? Nak Pastikan Tak Salah Beg Kot.

Tumpu isu kerja, dasar gaji

NAJIB Tun Razak memasukkan Laporan Bajet 2011 ke dalam beg ketika meninjau persiapan akhir menjelang pembentangan bajet sambil diperhatikan Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) di Putrajaya, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 14 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu pekerjaan dan gesaan supaya kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum merupakan topik yang paling mendapat perhatian rakyat untuk dipertimbangkan sempena pembentangan Bajet 2011, esok.
Menurut Perdana Menteri, ia berdasarkan ribuan komen yang disampaikan rakyat negara ini selepas beliau mengajak orang ramai memberi input serta pandangan di blognya,http://www.1malaysia.com.my, sejak dua minggu lalu.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi pandangan, beliau memberi jaminan akan melaksanakan mana-mana idea yang berdaya maju, sama ada diserapkan dalam bajet atau dalam program pembangunan kerajaan yang lain.
"Daripada pelbagai isu yang diketengahkan, saya dapati bidang pekerjaan menjadi topik paling kerap diperkatakan dan terdapat juga gesaan oleh orang ramai supaya kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum.
"Manakala, aspek kedua yang banyak dibangkitkan adalah cukai dan subsidi. Golongan muda mencadangkan supaya lebih banyak rebat cukai diberi kepada keluarga muda di samping bantuan kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya dalam blognya, hari ini.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, turut menjadi tumpuan orang ramai adalah isu pendidikan apabila terdapat kebimbangan di kalangan rakyat mengenai mutu serta kos pendidikan yang semakin meningkat.
Tambah beliau, pada masa sama terdapat juga komen yang meminta peruntukan lebih bagi menaik taraf perkhidmatan Internet dan jalur lebar di seluruh negara selain beberapa cadangan untuk mengatasi masalah yang khusus bagi Sabah dan Sarawak.
Bagi permintaan lain pula katanya, orang ramai mahu tambahan insentif serta program untuk golongan kurang bernasib baik, mengawal harga barang dan meningkatkan pembangunan luar bandar bagi membolehkan golongan belia menikmati peluang perniagaan.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, tidak ketinggalan rakyat turut mahu insentif diberi bagi memajukan teknologi hijau, tambahan peruntukan untuk keselamatan negara dan program bagi membendung kemasukan pendatang tanpa izin serta banyak lagi.
"Saya sudah membaca semua komen ini, sebahagian besar daripadanya sudah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan untuk dikaji kemungkinan dimasukkan dalam bajet kali ini atau dalam program kerajaan yang lain.
"Saya dan para pegawai telah mengkaji semua idea ini dan akan menimbang untuk melaksanakan mana-mana yang berdaya maju. Anda yang menyumbang komen akan dapat mengenal pasti cetusan daripada idea tersebut dalam pembentangan bajet nanti," jelasnya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu