Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 13, 2010

MALAYSIA Tak Tarik? Libat kesihatan pun libatkan HALAL juga.

Taiwan larang mi segera Indonesia


GAMBAR bertarikh 9 Oktober lalu menunjukkan seorang pegawai Biro Kesihatan Awam memeriksa paket mi segera Indomie di sebuah kedai di Taipei, Taiwan.


JAKARTA - Ketua Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Taipei (TETO) di sini, Chen Win-Ping, menafikan larangan pengedaran mi segera jenama Indomie dari Indonesia di Taiwan bermotifkan persaingan perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menyangkal laporan sebelum ini oleh media Indonesia bahawa Indomie merupakan mangsa persaingan perniagaan tidak sihat ekoran penarikan produk itu daripada pasaran Taiwan.
Laporan itu turut menyatakan, pihak berkuasa Taiwan menarik semula produk itu dengan alasan ia mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi.
"Laporan itu tidak benar. (Sebaliknya) Petugas kesihatan kami mendapati kandungan pengawet dalam Indomie melebihi standard nasional sejak Mei lalu," ujar Win-Ping di sini semalam.
Menurutnya, selepas penemuan tersebut, pihaknya melaporkan kes itu kepada Kementerian Perindustrian Indonesia untuk tindakan lanjut.
Selain itu, pihak berkuasa di Taiwan turut menghubungi pengilang Indomie, PT Indofood supaya mengurangkan kandungan pengawetMethyl P-Hydroxybenzoate pada standard yang ditetapkan pemerintah Taiwan.
"Namun, selepas melakukan ujian kedua pada minggu lalu, kami masih menemui kandungan bahan pengawet dalam jumlah berlebihan. Justeru, tindakan menarik produk berkenaan dari pasaran terpaksa dilakukan," ujarnya.
Beliau memberitahu, pihak berkuasa Taiwan akan membenarkan penjualan Indomie di negara itu sekiranya PT Indofood bertindak mengurangkan bahan pengawet seperti yang ditetapkan. - Agensi

No comments:

Cerita Dolu Dolu